Banjir: Temerloh bagaikan pulau, semua laluan utama masih ditenggelami air

Banjir: Temerloh bagaikan pulau, semua laluan utama masih ditenggelami air

TEMERLOH,. Temerloh, bagaikan sebuah pulau ketika ini selepas hampir semua laluan utama keluar masuk ke daerah itu masih ditenggelami banjir.

Tinjauan Bernama mendapati sepanjang lima kilometer Jalan Temerloh-Mentakab menghala ke pekan Temerloh, masih dilimpahi ‘banjir termenung’ sehingga paras pinggang selain menyebabkan beberapa perkampungan dan taman perumahan di laluan itu terputus hubungan sejak Selasa lepas.

Antara kawasan yang terputus hubungan ialah Kampung Paya Kecil, Kampung Carak Paya Dalam, Kampung Temerloh Batu Satu, Taman Temerloh Jaya serta taman perumahan sekitar pekan Temerloh.

Rata-rata penduduk terpaksa menggunakan kenderaan pacuan empat roda, sampan atau menumpang jentera berat anggota keselamatan yang bertugas dalam operasi menyelamat di situ untuk bergerak ke kawasan lain.

Di pekan Temerloh, hampir semua premis perniagaan masih ditenggelami air sekali gus menghalang pemilik memeriksa premis mereka.

Sehingga jam 1 petang semalam, sebanyak 79 pusat permindahan sementara (PPS) dibuka di daerah itu melibatkan lebih 10,000 mangsa.

— Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )