‘Bank Rakyat BizMatch: Nikkei Forum of Asia 2026 di Tokyo Jepun

HomeFeaturedBerita Semasa

‘Bank Rakyat BizMatch: Nikkei Forum of Asia 2026 di Tokyo Jepun

TOKYO,. Bank Rakyat terus memperkukuh komitmennya dalam menyokong pertumbuhan dan pengantarabangsaan perniagaan Malaysia menerusi penganjuran program

Hanya lapan kapal sehari lalui Selat Hormuz meskipun gencatan senjata
Jepun cadang peraturan pendapatan, pencen lebih ketat bagi status penduduk tetap
Akta Keterjaminan Makanan Negara perlu digubal bagi hadapi risiko krisis bekalan

TOKYO,. Bank Rakyat terus memperkukuh komitmennya dalam menyokong pertumbuhan dan pengantarabangsaan perniagaan Malaysia menerusi penganjuran program ‘Bank Rakyat BizMatch: Hebatkan Perniagaan Malaysia’, yang berlangsung bersempena Nikkei Forum of Asia 2026 di Tokyo, Jepun.

Platform padanan perniagaan strategik itu menghimpunkan tujuh syarikat Malaysia yang mengambil bahagian bersama pemilik perniagaan, pemimpin industri, pelabur dan rakan strategik dari Jepun serta negara-negara Asia bagi memupuk kerjasama antarabangsa, memudahkan akses pasaran dan meneroka peluang rentas sempadan dalam sektor berpotensi tinggi.

Turut hadir ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong; Pengerusi Bank Rakyat, Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak; serta Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Bank Rakyat, Ahmad Shahril Mohd Shariff.

Dalam ucapannya, Steven Sim berkata inisiatif seperti ‘Hebatkan Perniagaan Malaysia’ selaras dengan aspirasi kementerian untuk mengangkat perniagaan Malaysia melangkaui pasaran domestik dan meletakkannya secara lebih kompetitif di pentas global.

Beliau berkata, usahawan Malaysia mempunyai potensi, kreativiti dan daya tahan yang tinggi, namun memerlukan platform yang tepat, kerjasama strategik serta akses kepada ekosistem global untuk berkembang.

“Kami percaya usahawan Malaysia mempunyai potensi yang luar biasa. Apa yang mereka perlukan ialah platform yang tepat, perkongsian strategik dan akses kepada ekosistem global, dan inilah yang ingin disediakan menerusi program seperti ini,” katanya.

Beliau turut berharap syarikat-syarikat Jepun melihat syarikat pemula teknologi Malaysia serta perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) bukan sekadar sebagai pembekal tempatan, tetapi sebagai rakan strategik yang mampu menjayakan inovasi bersama.

Menurutnya, program BizMatch berperanan menghubungkan usahawan Malaysia dengan bakal rakan niaga, pelabur dan pembeli dari Jepun, di samping membuka ruang kepada pertukaran pengetahuan serta kerjasama perniagaan jangka panjang.

Sementara itu, Datuk Mohd Irwan berkata, syarikat-syarikat yang mengambil bahagian mewakili sektor yang mempunyai potensi pertumbuhan tinggi dan kepentingan strategik kepada ekonomi masa depan, termasuk keselamatan makanan, akuakultur, tenaga boleh diperbaharui, teknologi hijau, industri sawit, peruncitan serta pembuatan.

Beliau berkata, sektor-sektor tersebut akan memainkan peranan penting dalam membentuk daya tahan ekonomi masa hadapan bukan sahaja untuk Malaysia, malah bagi rantau ini secara keseluruhan.

“Lebih penting lagi, inisiatif ini mencerminkan komitmen Bank Rakyat sebagai sebuah bank ‘Untuk Semua’. Melalui platform ini, kami memperkasakan perniagaan daripada pelbagai saiz dan tahap perkembangan dengan akses yang lebih luas kepada rangkaian, peluang dan pasaran antarabangsa, sekali gus memupuk kemajuan ekonomi yang inklusif,” katanya.

Beliau menambah bahawa dalam persekitaran ekonomi global yang sentiasa berubah, daya tahan sahaja tidak lagi mencukupi. Sebaliknya, perniagaan perlu menjadi lebih adaptif, inovatif dan mempunyai jaringan antarabangsa yang kukuh.

Menurut beliau, selain menyediakan pembiayaan, Bank Rakyat turut komited memperkukuh pendekatan ekosistemnya menerusi khidmat nasihat strategik, pemudah cara pasaran, pendigitalan dan platform jaringan antarabangsa bagi membantu usahawan berkembang melangkaui batasan geografi.

Inisiatif Bank Rakyat BizMatch mencerminkan komitmen berterusan institusi itu dalam menyokong dasar kerajaan untuk memperkukuh pembangunan keusahawanan, memperluas peluang perdagangan antarabangsa serta mempercepatkan daya saing global perniagaan tempatan, selaras dengan aspirasi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi serta agenda ‘Hebatkan Perniagaan Malaysia’.