Hanya lapan kapal sehari lalui Selat Hormuz meskipun gencatan senjata

HomeFeaturedBerita Semasa

Hanya lapan kapal sehari lalui Selat Hormuz meskipun gencatan senjata

TEHRAN,. Aktiviti perkapalan melalui Selat Hormuz, laluan penting bagi perdagangan global, masih terjejas teruk meskipun siri serangan balas antara Am

Jakarta perketat kawalan keselamatan menjelang himpunan besar-besaran
Lapangan Terbang Soekarno-Hatta Indonesia kekal 10 terbaik dunia bagi perkhidmatan Imigresen
KLM batal 160 penerbangan bulan depan susulan kenaikan kos bahan api

TEHRAN,. Aktiviti perkapalan melalui Selat Hormuz, laluan penting bagi perdagangan global, masih terjejas teruk meskipun siri serangan balas antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran telah berakhir, lapor agensi berita Jerman dpa.

Hanya lapan kapal melalui selat itu pada Khamis, menurut data daripada penyedia risikan perdagangan Kpler yang dilihat dpa pada Jumaat. Secara purata, kira-kira 13 kapal melalui laluan sempit antara pinggir laut Iran dan Oman itu setiap hari sepanjang minggu lalu.

Ketika perjanjian rangka kerja sementara antara Iran dan AS masih berkuat kuasa, aktiviti perkapalan di rantau berkenaan berada dalam keadaan yang agak tenang. Namun, selepas perjanjian itu gagal dipertahankan dan sekatan tentera laut diperbaharui, jumlah pelayaran kapal kargo pukal kering berkurangan hampir separuh, menurut penyedia perkhidmatan perkapalan AXSMarine menerusi platform X.

“Penurunan itu menjejaskan sebahagian besar pemulihan yang dicatatkan selepas gencatan senjata pada Jun dan menjadikan gangguan berterusan terhadap aktiviti perkapalan di Teluk sebagai risiko geopolitik utama kepada pasaran kargo pukal kering,” menurut syarikat itu.

Sekatan tentera laut AS yang diperbaharui itu turut memberi kesan besar kepada Iran. Berdasarkan analisis imej satelit, penyedia data perkapalan Windward melaporkan bahawa tiada kapal berlabuh di Pulau Kharg — hab utama eksport minyak Iran — sejak beberapa ketika.

SUMBER;

— BERNAMA-dpa