BAS CAUSEWAY LINK SINGAPURA-JB TANPA TUNAI MULAI 20 OGOS

HomeFeaturedBerita Semasa

BAS CAUSEWAY LINK SINGAPURA-JB TANPA TUNAI MULAI 20 OGOS

SINGAPURA,. Pengguna perkhidmatan bas rentas sempadan Causeway Link dari stesen Newton dan Queen Street di Singapura ke Johor Bahru akan beralih sepen

Seramai 2,453 graduan daripada 128 program akademik menerima skrol masing-masing Majlis Konvokesyen ke-36 MSU
Inflasi kesihatan meningkat 3.0 peratus pada 2025 – DOSM
Lima kematian akibat kemalangan direkod sepanjang program RXZ Members 8.0

SINGAPURA,. Pengguna perkhidmatan bas rentas sempadan Causeway Link dari stesen Newton dan Queen Street di Singapura ke Johor Bahru akan beralih sepenuhnya kepada pembayaran tanpa tunai bermula Khamis.

Menerusi hantaran di Facebook, pengendali bas itu memaklumkan pembayaran secara tunai tidak lagi diterima di dalam bas, namun penumpang masih boleh membeli tiket menggunakan wang tunai sebelum menaiki bas.

Menurut Causeway Link, pilihan pembayaran di dalam bas termasuk Visa dan Mastercard, ManjaLink, aplikasi LUGO serta kad ezLink.

Bagi transaksi tunai, penumpang boleh membeli tiket di kiosk ManjaLink di Queen Street atau daripada petugas Causeway Link di Newton.

Menurut laman sesawang rasminya, pembayaran secara tunai tidak lagi diterima di dalam semua perkhidmatan bas rentas sempadan dan bas pengantara Causeway Link mulai 1 Okt 2026.

Langkah terbaharu itu bertujuan menyediakan pengalaman perjalanan yang lebih pantas dan lancar kepada penumpang.

— BERNAMA