Berang ditegur tidak ke sekolah, remaja toreh bapa

HomeFeaturedBerita Semasa

Berang ditegur tidak ke sekolah, remaja toreh bapa

KUALA LUMPUR,. Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun menoreh belakang badan dan lengan kiri bapanya menggunakan pisau dipercayai kerana berang ditegu

Polis bekerjasama dengan Interpol buru pengasas eHati, suami
Rampasan dadah 2025 cecah RM3.19 bilion, lonjak lapan kali ganda
Lelaki maut ditikam dalam pergaduhan jual beli vape ‘mushroom’

KUALA LUMPUR,. Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun menoreh belakang badan dan lengan kiri bapanya menggunakan pisau dipercayai kerana berang ditegur tidak hadir sekolah, pada Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju ACP Mohamad Lazim Ismail berkata kejadian berlaku di sebuah rumah di Batu 4 Jalan Gombak di sini pada 6.10 petang dan pihaknya menerima laporan insiden itu pada 6.42 petang hari sama.

“Mangsa berusia 47 tahun mengalami luka di belakang badan dan lengan kiri akibat torehan menggunakan pisau, melibatkan suspek remaja dan dipercayai berpunca daripada salah faham,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa telah mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur.

Suspek ditangkap dan direman sehingga esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 dan 506 Kanun Keseksaan.

–BERNAMA