Ribut petir, hujan lebat diramal landa beberapa negeri hingga 7 malam ini

HomeFeaturedBerita Semasa

Ribut petir, hujan lebat diramal landa beberapa negeri hingga 7 malam ini

KUALA LUMPUR,. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri hingga 7 m

LALUAN KERETA API ULANG-ALIK JEPUN BERALIH KEPADA SISTEM TEMPAHAN
Polis bongkar sindiket jadikan inap desa tempat simpanan dadah, tahan empat lelaki
Network School: Tindakan tegas menanti jika langgar undang-undang

KUALA LUMPUR,. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri hingga 7 malam ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan cuaca buruk diramal berlaku di Melaka, Negeri Sembilan dan Perak (Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim).

Selain itu, Terengganu (Dungun dan Kemaman), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Kuantan dan Bera), Johor (Tangkak, Segamat dan Muar), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya

Di Sarawak, kawasan terlibat ialah Kuching, Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Sibu (Sibu), Mukah (Daro dan Matu), Kapit (Belaga), Miri (Telang Usan) dan Limbang.

Sementara itu, di Sabah melibatkan kawasan Pedalaman, Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran), Tawau (Tawau, Kunak dan Semporna) dan Sandakan (Tongod) serta Wilayah Persekutuan Labuan.

–BERNAMA