Bidang keusahawanan desa diberi tumpuan, pacu ekonomi luar bandar: PM

Bidang keusahawanan desa diberi tumpuan, pacu ekonomi luar bandar: PM

BERA,. Kerajaan terus memberikan tumpuan kepada sektor keusahawanan yang merupakan antara elemen penting untuk memacu pembangunan ekonomi termasuk dalam kalangan penduduk luar bandar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata walaupun negara telah mencapai kejayaan dalam konteks pembangunan infrastruktur di luar bandar, namun bidang ekonomi masyarakat luar bandar perlu diperkasakan.

“Kita mahu penduduk kampung kita menceburi pelbagai bidang ekonomi yang bukan hanya aktiviti ekonomi tradisional seperti bertani dan menoreh getah atau sebagai nelayan kecil bagi mereka yang tinggal di pinggir pantai.

“Usahawan luar bandar sentiasa mempunyai peluang dan ruang untuk meningkatkan pencapaian sedia ada ke tahap lebih tinggi kerana kita mempunyai kepakaran, potensi dan kemudahan yang sentiasa berkembang,” katanya semasa berucap merasmikan Mini Karnival Usahawan Desa di Dataran Kerayong di sini hari ini.

Usaha memperkasakan masyarakat luar bandar itu juga, menurut Perdana Menteri adalah selari dengan matlamat aspirasi dalam Dasar Pembangunan Luar Bandar iaitu wawasan ‘Luar Bandar Yang Sejahtera, Inklusif, Mampan dan Holistik’ menjelang tahun 2030.

— Bernama

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )