BN MUKTAMAD RUNDINGAN DENGAN PAS, TANDING 21 KERUSI PRN MELAKA

HomeFeaturedPolitik

BN MUKTAMAD RUNDINGAN DENGAN PAS, TANDING 21 KERUSI PRN MELAKA

ALOR GAJAH,. Barisan Nasional (BN) akan bertanding di 21 kerusi manakala PAS dan rakan sekutunya di tujuh kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka

Kemelut politik Negeri Sembilan tidak beri kesan kepada BN hadapi PRN Melaka – Mohamad Hasan
TARIKH BUBAR DUN MELAKA BELUM DITETAPKAN – AB RAUF
PRN Melaka: BN umum calon 28 Okt ini

ALOR GAJAH,. Barisan Nasional (BN) akan bertanding di 21 kerusi manakala PAS dan rakan sekutunya di tujuh kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bulan depan selepas rundingan antara parti berkenaan dimuktamadkan.

Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata gabungan politik itu akan menggunakan logonya sendiri pada pilihan raya berkenaan manakala keputusan mengenai penggunaan logo bagi PAS dan rakan sekutunya diserahkan kepada kepimpinan mereka.

“BN akan bertanding menggunakan logo BN. Mereka (PAS dan sekutunya) terserah kepada kepimpinan mereka untuk memutuskannya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Melaka Bermunajat: Majlis Ratib Al-Attas dan Asmaulhusna di Masjid Salmah Khamis, Masjid Tanah di sini malam ini.

Beliau berkata BN akan mengumumkan calonnya bagi PRN Melaka pada Sabtu ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 14 Nov ini sebagai hari mengundi bagi PRN Melaka manakala penamaan calon pada 31 Okt dan undi awal pada 10 Nov.

PRN Melaka pada 2021 menyaksikan BN memenangi 21 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri yang dipertandingkan sekali gus membentuk kerajaan negeri manakala Pakatan Harapan meraih lima kerusi dan Perikatan Nasional memperoleh dua kerusi.

— BERNAMA