INDONESIA KENAKAN SEKATAN TERHADAP 32 SYARIKAT BERHUBUNG KEBAKARAN HUTAN, TANAH

HomeFeaturedBerita Semasa

INDONESIA KENAKAN SEKATAN TERHADAP 32 SYARIKAT BERHUBUNG KEBAKARAN HUTAN, TANAH

JAKARTA,. Kementerian Perhutanan Indonesia mengenakan sekatan pentadbiran terhadap 32 syarikat yang disyaki terlibat dalam kebakaran hutan dan tanah,

Suruhanjaya TVET dimuktamad akhir tahun ini – Ahmad Zahid
Malaysia hampir capai 32 peratus kapasiti tenaga boleh baharu setakat Jun – Fadillah
Idrus Ibrahim meninggal dunia dalam tidur

JAKARTA,. Kementerian Perhutanan Indonesia mengenakan sekatan pentadbiran terhadap 32 syarikat yang disyaki terlibat dalam kebakaran hutan dan tanah, merangkumi kawasan konsesi gabungan seluas 1.93 juta hektar, lapor Xinhua memetik Menteri Perhutanan Raja Juli Antoni pada Rabu.

Kira-kira 18,000 hektar tanah di dalam kawasan konsesi terjejas telah terbakar, kata Antoni sambil menambah bahawa langkah terbaharu itu termasuk menggantung operasi enam syarikat dan mengarahkan mereka untuk memulihkan ekosistem yang rosak.

Kementerian itu juga boleh meneruskan prosiding jenayah terhadap syarikat terbabit sekiranya siasatan mendapati wujud bukti pelanggaran undang-undang, katanya.

Antoni berkata kementerian berkenaan sedang mengendalikan 120 kes berkaitan kebakaran hutan dan tanah, dengan perkembangan lanjut dijangka dimaklumkan minggu depan.

— BERNAMA-XINHUA