Bursa dibuka lebih tinggi

Bursa dibuka lebih tinggi

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi dalam dagangan awal hari ini, didorong saham wajaran tinggi di kaunter-kaunter produk perindustrian berikutan komoditi berkaitan logam diniagakan pada paras tertinggi dalam tempoh 13 tahun, kata penganalisis.

Pada 9.10 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.20 mata kepada 1,532.85 daripada 1,530.65 sewaktu ditutup semalam, selepas dibuka tinggi 2.68 mata kepada 1,533.33.

Suasana pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 152 berbanding 122, manakala 239 kaunter tidak berubah, 1,699 tidak diniagakan dan 10 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 182.53 juta unit bernilai RM89.72 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata segmen bahan bangunan mungkin menyaksikan aktiviti dagangan di tengah-tengah kenaikan komoditi masing-masing.

“Kami yakin peniaga mungkin memberi tumpuan kepada sektor berkaitan komoditi seperti minyak dan gas dan sektor perladangan berikutan harga minyak sawit mentah dan harga minyak mentah Brent meningkat kukuh.

“Sementara itu, sentimen pasaran secara menyeluruh sewajarnya kekal positif berikutan FBM Permodalan Kecil semakin meningkat,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Press Metal menambah lapan sen kepada RM6.36, Petronas Chemicals naik lima sen kepada RM9.10, Maybank menokok empat sen kepada RM8.30 dan Genting Malaysia naik tiga sen kepada RM2.80.

Bagi saham aktif, Sapura Energy kekal tidak berubah pada lima sen, Pertama Digital menokok 3.5 sen kepada 91.5 sen, DneX menambah satu sen kepada 98 sen, manakala Dataprep merosot 2.5 sen kepada 43.5 sen.

Di papan indeks, FBM ACE meningkat 6.94 mata kepada 6,255.22, FBM 70 mengukuh 10.38 mata kepada 13,559.79, Indeks FBM Emas naik 13.13 mata kepada 11,031.99, Indeks FBMT 100 menambah 13.75 mata kepada 10,711.89 dan Indeks FBM Emas Shariah meningkat 11.71 mata kepada 11,766.21.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menokok 26.39 mata kepada 15,853.01, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian tinggi 0.88 mata kepada 205.49, manakala Indeks Perladangan turun 3.53 mata kepada 6,608.24.

-BERNAMA

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )