KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka sedikit rendah hari ini apabila indeks utama susut 0.06 peratus, meskipun pelabur terus aktif dalam pasaran yang l
KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia dibuka sedikit rendah hari ini apabila indeks utama susut 0.06 peratus, meskipun pelabur terus aktif dalam pasaran yang lebih luas di sebalik kebimbangan berterusan terhadap konflik di Asia Barat.
Pada jam 9.07 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 1.15 mata kepada 1,678.37 berbanding penutupan Isnin pada 1,679.52.
Indeks itu dibuka 8.41 mata lebih tinggi pada 1,687.93. Prestasi pasaran secara keseluruhan kekal positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 202 berbanding 133, manakala 266 kaunter tidak berubah, 2,074 kaunter tidak diniagakan dan 13 kaunter digantung dagangan.
Jumlah dagangan mencecah 347.09 juta saham bernilai RM100.95 juta.
Dalam nota penyelidikannya, Malacca Securities menjangkakan Wall Street akan kembali pulih susulan gesaan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, supaya gencatan senjata dilaksanakan dalam konflik Asia Barat.
“Pemulihan di Wall Street mungkin memberi limpahan positif kepada Bursa Malaysia hari ini. Pada masa sama, dengan ringgit yang melemah menghampiri paras 4.07 berbanding dolar AS, kami menjangkakan minat belian akan terus tertumpu kepada sektor berorientasikan eksport seperti sarung tangan. Saham Top Glove dan Hartalega kini berada di ambang penembusan harga,” katanya.
Sementara itu, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata perkembangan pasaran pada Isnin mungkin telah mencetuskan sentimen mengelak risiko dalam kalangan pelabur.
“Justeru, pasaran dijangka mengalami fasa penyatuan, dengan indeks bergerak dalam julat 1,675 hingga 1,690 hari ini,” katanya.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Malayan Banking Bhd susut enam sen kepada RM10.64, Public Bank Bhd naik dua sen kepada RM4.80, Tenaga Nasional Bhd menambah empat sen kepada RM14.24, CIMB Group Holdings Bhd turun empat sen kepada RM7.35, manakala IHH Healthcare Bhd susut tujuh sen kepada RM8.53.
Bagi saham aktif, Hong Seng Consolidated Bhd meningkat setengah sen kepada 1.5 sen, Tanco Holdings Bhd merosot 19 sen kepada 93 sen, TFP Solutions Bhd naik 1.5 sen kepada tujuh sen, manakala GIIB Holdings Bhd dan Land & General Bhd masing-masing tidak berubah pada 46 sen dan 16 sen.
Dalam kalangan kaunter paling untung, Nestlé (Malaysia) Bhd melonjak RM1.30 kepada RM93.00, Malaysian Pacific Industries Bhd meningkat 60 sen kepada RM46.10, manakala Petronas Dagangan Bhd dan ViTrox Corporation Bhd masing-masing menambah 16 sen kepada RM18.76 dan RM6.90.
Bagi kaunter paling rugi, United Plantations Bhd susut 26 sen kepada RM31.74, FACB Industries Incorporated Bhd turun 19 sen kepada RM1.66, Hong Leong Bank Bhd merosot lapan sen kepada RM20.88, manakala IHH Healthcare turun tujuh sen kepada RM8.53.
Di papan indeks, FBM Emas Index susut 2.84 mata kepada 12,467.24, FBM Top 100 Index turun 9.06 mata kepada 12,306.43, manakala FBM Emas Shariah Index meningkat 8.29 mata kepada 12,451.33.
FBM Mid 70 Index kehilangan 16.02 mata kepada 17,994.37, sementara FBM ACE Index naik 29.99 mata kepada 4,678.37.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 28.77 mata kepada 19,531.71, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.08 mata kepada 196.93, Indeks Tenaga merosot 3.92 mata kepada 787.02, dan Indeks Perladangan berkurangan 22.27 mata kepada 8,703.13.
SUMBER;
–BERNAMA

