Bursa dibuka rendah pada pagi ini

Bursa dibuka rendah pada pagi ini

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis berikutan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi terpilih, seiring dengan sentimen lemah di bursa serantau berikutan pelabur masih bimbang dengan unjuran ekonomi yang lemah, kata peniaga.

Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 5.50 mata kepada 1,458.01 daripada 1,463.51 sewaktu ditutup pada Rabu.

Indeks utama dibuka rendah 2.90 mata kepada 1,460.61.

Di keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 272 kepada 141, manakala 310 kaunter tidak berubah, 1,617 tidak diniagakan dan 16 yang lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 512.11 juta unit bernilai RM135.84 juta.

Malacca Securities berkata, pihaknya meramalkan prestasi positif dalam tempoh beberapa hari kebelakangan ini akan berlanjutan, dengan dana asing akan meneruskan mod belian bersihnya.

“FBM KLCI mengatasi pasaran serantau yang sebahagian besarnya negatif, didorong oleh pembelian pada jam terakhir dalam saham wajaran tinggi terpilih utiliti dan perbankan.

“Saham berharga rendah mungkin turut memanfaatkan sentimen pasaran yang positif dengan belian secara bergilir-gilir paling ketara terhadap saham-saham berkaitan pembinaan dan hartanah,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Bagaimanapun, menurutnya perkembangan negatif dalam tempoh semalaman di Wall Street berikutan sentimen cenderung kepada kadar faedah tinggi oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) mungkin mengehadkan potensi kenaikan pasaran tempatan hari ini.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank tidak berubah pada RM9.03, manakala Public Bank dan Petronas Chemicals masing-masing merosot 3.0 sen kepada RM4.16 dan RM6.82, CIMB turun 5.0 sen kepada RM5.68 dan Tenaga Nasional menyusut 8.0 sen kepada RM9.91.

Bagi saham aktif, Hong Seng menokok 1.0 sen kepada 7.0 sen dan Sapura Energy tidak berubah pada 5.5 sen, manakala Aimflex menyusut setengah sen kepada 20 sen dan Awanbiru berkurangan 17.5 sen kepada 22.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas rendah 34.77 mata kepada 10,735.09, Indeks FBMT 100 turun 35.46 mata kepada 10,417.25, Indeks FBM Emas Syariah menguncup 31.86 mata kepada 10,935.09, Indeks FBM 70 turun 31.79 mata kepada 14,128.66 dan Indeks FBM ACE merosot 44.68 mata kepada 5,333.06.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menyusut 51.51 mata kepada 16,364.43, Indeks Perladangan berkurangan 25.47 mata kepada 7,008.99, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian merosot 0.54 mata kepada 167.90 dan Indeks Tenaga turun 4.66 mata kepada 825.61.

–BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)