Bursa dibuka tinggi pada awalnya kembali menyusut

HomeFeaturedBusiness

Bursa dibuka tinggi pada awalnya kembali menyusut

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini sebelum beralih rendah pada awal dagangan apabila pelabur mengambil pendekatan berhati-hati di te

Bursa dibuka tinggi pada pagi ini
Bursa dibuka tinggi pada awal dagangan
BURSA MALAYSIA RENDAH PADA TENGAH HARI BERIKUTAN AKTIVITI PENGAMBILAN UNTUNG

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini sebelum beralih rendah pada awal dagangan apabila pelabur mengambil pendekatan berhati-hati di tengah-tengah aktiviti pengambilan untung.

Pada jam 9.07 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 4.56 mata kepada 1,720.34 daripada 1,724.90 ketika ditutup pada Jumaat lalu.

Indeks penanda aras itu dibuka meningkat 0.36 mata kepada 1,725.26.

Sentimen pasaran secara keseluruhan kekal negatif apabila 202 kaunter rugi mengatasi 140 kaunter untung, manakala 314 kaunter tidak berubah, 2,074 kaunter tidak diniagakan dan 20 kaunter digantung.

Sebanyak 155.82 juta saham didagangkan dengan nilai RM63.19 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn. Bhd., Thong Pak Leng, berkata FBM KLCI mencecah paras tertinggi dalam tempoh seminggu pada minggu lalu, disokong aktiviti belian saham pada harga rendah serta prestasi positif Wall Street walaupun hasil bon Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) meningkat.

“Pada peringkat domestik, FBMKLCI turut meningkat kepada paras tertinggi dalam tempoh seminggu, disokong oleh aktiviti belian saham pada harga rendah yang meluas.

“Bagaimanapun, kami mendapati sentimen pasaran masih berhati-hati di tengah-tengah aktiviti pengambilan untung secara berselang-seli pada Jumaat lepas,” katanya dalam nota penyelidikan.

Beliau berkata, indeks utama dijangka bergerak dalam julat 1,720 hingga 1,735 mata hari ini.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Tenaga Nasional Bhd., masing-masing susut dua sen kepada RM10.88 dan RM14.58. Public Bank Bhd. dan IHH Healthcare Bhd. pula turun satu sen kepada RM5.16 dan RM8.34, manakala CIMB Group Holdings Bhd. merosot 0.5 sen kepada RM7.84.

Bagi saham aktif, Hubline Bhd. dan Advance Energy Bhd. masing-masing susut 0.5 sen kepada tiga sen dan 65 sen. Swift Energy Technology Bhd. naik satu sen kepada 25.5 sen, manakala NexG Bhd. dan VS Industry Bhd. masing-masing menokok 0.5 sen kepada 28 sen dan 23.5 sen.

Antara kaunter yang mencatat kenaikan terbesar ialah Malaysian Pacific Industries Bhd. yang meningkat 48 sen kepada RM46.48, UMS Integration Ltd menambah 17 sen kepada RM7.52, KESM Industries Bhd. naik 10 sen kepada RM4.42, manakala Texchem Resources Bhd. dan MISC Bhd. masing-masing menokok tujuh sen kepada RM1.06 dan RM8.06.

Bagi kaunter rugi terbesar pula, Petronas Chemicals Group Bhd. susut 16 sen kepada RM4.62, Time dotCom Bhd. turun lapan sen kepada RM5.92, Press Metal Aluminium Holdings Bhd. merosot tujuh sen kepada RM7.89, manakala Kim Hin Industry Bhd. dan HeiTech Padu Bhd. masing-masing berkurangan enam sen kepada 82 sen dan RM1.24.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 27.63 mata kepada 12,724.16, Indeks FBM Top 100 turun 29.74 mata kepada 12,555.37 dan Indeks FBM Mid 70 merosot 27.82 mata kepada 18,107.96.

Indeks FBM Emas Syariah berkurangan 30.82 mata kepada 12,565.47, manakala Indeks FBM ACE meningkat 14.05 mata kepada 4,988.73.

Mengikut sektor, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan turun 1.69 mata kepada 187.05, Indeks Tenaga susut 3.93 mata kepada 761.79, Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 26.69 mata kepada 20,300.95 dan Indeks Perladangan merosot 5.46 mata kepada 9,283.11.

SUMBER;

–Bernama