Bursa dibuka rendah pada awalnya kembali tinggi dengan aktiviti belian saham pada harga rendah

HomeFeaturedBusiness

Bursa dibuka rendah pada awalnya kembali tinggi dengan aktiviti belian saham pada harga rendah

KUALA LUMPUR,. Indeks utama Bursa Malaysia diniagakan tinggi hari ini, dengan aktiviti belian saham pada harga rendah dijangka menyokong dagangan, ter

Bursa dibuka rendah pada awal dagangan
Bursa dibuka tinggi pada pagi ini
Bursa dibuka tinggi pada awal dagangan

KUALA LUMPUR,. Indeks utama Bursa Malaysia diniagakan tinggi hari ini, dengan aktiviti belian saham pada harga rendah dijangka menyokong dagangan, terutamanya dalam saham mewah yang mempunyai asas kukuh dan telah dijual, selepas indeks ditutup rendah 1.11 peratus pada Selasa lepas.

Pada 9.19 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menurun 1.0 mata atau 0.06 peratus kepada 1,680.21 daripada 1,679.21 semasa ditutup pada Selasa lepas.

Indeks dibuka rendah 1.71 mata kepada 1,677.50.

Pasaran secara menyeluruh negatif, dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 309 berbanding 241 manakala 346 kaunter tidak berubah, 1,960 tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 390.15 juta saham bernilai RM201.32 juta.

Bursa tempatan ditutup semalam bersempena dengan cuti umum Hari Malaysia.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata walaupun terdapat jangkaan aktiviti belian saham pada harga rendah dalam kalangan pelabur, risiko geopolitik dan harga minyak yang tinggi kekal menjadi cabaran utama.

“Kami menjangka indeks diniagakan dalam julat 1,670 hingga 1,690 hari ini,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menambah dua sen kepada RM10.44, Public Bank naik tiga sen kepada RM4.83, CIMB menurun satu sen kepada RM7.79 dan Tenaga Nasional naik dua sen kepada RM13.34.

Bagi saham aktif, Pioneer Heat meningkat lima sen kepada 30 sen, Capital A berkurangan 1.5 sen kepada 26 sen, Top Glove menurun 3.5 sen kepada 77.5 sen, Ni Hsin naik satu sen kepada 32.5 sen dan AirAsia merosot tiga sen kepada 61 sen.

Kaunter paling untung ialah Nestle meningkat 22 sen kepada RM90.40, waran MN Holdings menambah 14 sen kepada RM3.52, YTL Power dan UMS Integrated, masing-masing naik 12 sen kepada RM5.63 dan RM8.11 serta Sam Engineering dan UWC, masing-masing menokok satu sen kepada RM4.12 dan RM8.11.

Kaunter paling rugi termasuklah Malaysia Pacific Industries menurun 56 sen kepada RM39.14, Petronas Chemicals merosot 20 sen kepada RM5. Panasonic dan Genting Plantations, masing-masing berkurangan 15 sen kepada RM5.41 dan RM5.49 serta Sunway Constructions menyusut 14 sen kepada RM6.94.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menambah 2.58 mata kepada 12,446.51 dan Indeks FBM Top 100 naik 4.64 mata kepada 12,249.44.

Indeks FBM Mid 70 menurun 4.62 mata kepada 17,611.03, Indeks FBM ACE berkurangan 0.2 mata kepada 5,169.75 dan Indeks FBM Emas Shariah merosot 17.22 mata kepada 12,285.20.

Mengikut sektor, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan menurun 1.42 mata kepada 184.98 dan Indeks Tenaga berkurangan 2.29 mata kepada 819.09.

Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 19.52 mata kepada 19,666.92 dan Indeks Perladangan menurun 37.06 mata kepada 9,489.14.

— BERNAMA