Bursa dibuka rendah pada pagi

Bursa dibuka rendah pada pagi

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia meneruskan trend penurunan semalam pada pagi ini, menjejaki penurunan Wall Street selepas sesi tidak menenti di tengah-tengah meningkatnya kebimbangan berlaku kemelesetan di Amerika Syarikat (AS).

Pada 9.05 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) jatuh 0.29 peratus, atau 4.33 mata, kepada 1,472.76 daripada penutup Isnin pada 1,477.09.

Petunjuk pasaran itu dibuka 3.36 mata lebih rendah pada 1,473.73.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung 153 berbanding 122, manakala 210 kaunter tidak berubah, 1,753 tidak diniagakan dan 12 lagi digantung.

Sebanyak 169.51 juta unit saham bernilai RM52.98 juta diniagakan.

–BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)