Bursa dibuka rendah pada pagi

Bursa dibuka rendah pada pagi

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia diniagakan rendah pada sesi awal dagangan pagi ini kerana sentimen pasaran begitu berhati-hati menjelang pengeluaran data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang dijangkakan malam ini.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.53 mata kepada 1,432.36 daripada penutup semalam pada 1,435.89.

Indeks utama memulakan dagangan pada paras 1,437.02, meningkat 1.13 mata.

Bagaimanapun, pergerakan harga di pasaran secara keseluruhan positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi 162 berbalas 159, manakala 230 kaunter tidak berubah, 1,712 tidak diniagakan dan 23 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 308.61 juta unit bernilai RM98.85 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata pelabur akan mencari petunjuk baharu daripada data Indeks Harga Pengguna Amerika Syarikat (AS) yang mungkin mencerminkan kadar AS.

“Justeru, kami mengunjurkan FBM KLCI berlegar dalam julat 1,430 hingga 1,440 hari ini.

“Kami percaya pengumpulan saham perbankan akan berterusan dan menjangka kaunter berkaitan teknologi menghadapi beberapa kesukaran berikutan permintaan global yang semakin perlahan,” katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Petronas Chemicals masing-masing susut tiga sen kepada RM8.68 dan RM7.33, Tenaga Nasional turun empat sen menjadi RM9.09 dan Public Bank tidak berubah pada RM3.99 manakala CIMB meningkat dua sen kepada RM5.24.

Bagi saham aktif, Hong Seng menokok setengah sen kepada 13 sen, Revenue Group menambah 5.5 sen kepada 32.5 sen dan Classita meningkat satu sen kepada 18.5 sen manakala Ta Win turun setengah sen menjadi 5.5 sen dan Jade Marvel susut satu sen kepada 30 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 17.59 mata kepada 10,537.20, Indeks FBMT 100 menguncup 18.03 mata menjadi 10,217.45 dan Indeks FBM Emas Syariah turun 24.64 mata kepada 10,887.28,

Sementara itu, Indeks FBM ACE meningkat 7.27 mata kepada 5,353.60 dan indeks FBM 70 menambah 5.21 mata kepada 13,790.97.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 7.01 mata kepada 15,776.66, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menyusut 0.70 mata menjadi 174.58 manakala Indeks Tenaga meningkat 3.95 mata kepada 876.77 dan Indeks Perladangan menambah 2.05 mata kepada 6,842.58.

–BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)