Bursa dibuka rendah pada pagi ini

Bursa dibuka rendah pada pagi ini

KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia rendah dalam dagangan awal hari ini, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang lemah.

Pada 9.28 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 0.56 mata kepada 1,471.00 daripada 1,471.56 pada Isnin.

Saham pandu pasaran dibuka rendah 2.57 mata kepada 1,468.99.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 301 berbanding 229 manakala 295 kaunter tidak berubah, 1,416 tidak diniagakan dan sembilan yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 729.65 juta unit bernilai RM226.56 juta.

Dalam nota penyelidikan hari ini, Naib Presiden Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng, berkata aktiviti belian mungkin wujud tidak lama lagi berikutan jualan baru-baru ini yang dilihat tidak wajar berdasarkan sekatan pergerakan COVID-19 terkini yang longgar di Shanghai dan Hangzhou dijangka terus menyokong pasaran serantau.

“Oleh itu, kami menjangka indeks akan meningkat semula dan berada dalam julat 1,470 hingga 1,490 hari ini walaupun merosot di Wall Street semalaman,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Petronas Chemicals meningkat dua sen kepada RM8.52, TNB naik enam sen kepada RM9.13, IHH Healthcare menambah lima sen kepada RM5.90 manakala Hong Leong Bank dan Press Metal, masing-masing meningkat dua sen kepada RM20.52 dan RM4.81.

Maybank tidak berubah pada RM8.58, Public Bank merosot satu sen kepada RM4.43 dan CIMB berkurangan tiga sen kepada RM5.61.

Daripada saham aktif, Dataprep naik 4.5 sen kepada 32 sen, Euro Holdings meningkat tiga sen kepada 14.5 sen, Sarawak Consolidated menambah 1.5 sen kepada 16.5 sen, MQ Technology tidak berubah pada tujuh sen dan Advance Synergy berkurangan setengah sen kepada 18.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 5.46 mata kepada 10,581.23, Indeks FBMT 100 berkurangan 4.45 mata kepada 10,274.68, Indeks FBM Emas Shariah susut 0.60 mata kepada 10,766.85 dan FBM 70 turun 7.76 mata kepada 12,939.41 manakala FBM ACE naik 25.70 mata kepada 5,448.87.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan merosot 12.36 mata kepada 16,433.49, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan naik 0.42 mata kepada 181.98, Indeks Perladangan berkurangan 25.38 mata kepada 6,727.68 dan Indeks Tenaga susut 3.94 mata kepada 810.82.

–BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)