KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia dibuka meningkat pada dagangan Rabu, seiring kenaikan semalaman Wall Street apabila penurunan harga minyak membantu memu
KUALA LUMPUR,. Bursa Malaysia dibuka meningkat pada dagangan Rabu, seiring kenaikan semalaman Wall Street apabila penurunan harga minyak membantu memulihkan sentimen pelabur, kata penganalisis.
Pada jam 9.42 pagi, indeks penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 9.54 mata atau 0.55 peratus kepada 1,756.97 daripada 1,747.43 pada penutup semalam.
Ketika pembukaan dagangan, indeks itu meningkat 1.65 mata kepada 1,749.08 sebelum meneruskan momentum kenaikan dalam sesi awal.
Sentimen pasaran secara keseluruhan adalah positif dengan kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 432 berbanding 275, manakala 445 kaunter tidak berubah, 1,480 tidak diniagakan dan 10 digantung.
Jumlah dagangan mencecah 698.93 juta saham bernilai RM441.26 juta.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata Wall Street mengakhiri dagangan semalam secara keseluruhannya lebih tinggi, dengan Nasdaq dan S&P 500 mencatat paras tertinggi baharu susulan keputusan pendapatan korporat yang memberangsangkan.
Bagaimanapun, katanya, situasi di Asia Barat kekal tidak menentu walaupun harga minyak mentah penanda aras global Brent susut ke paras AS$110 setong.
“Di peringkat tempatan, FBM KLCI meneruskan kenaikan dan mengakhiri dagangan berhampiran paras 1,750, iaitu sekitar paras tertinggi dalam tempoh dua bulan.
“Aktiviti pengumpulan saham pada saat akhir membabitkan saham berkaitan indeks oleh dana asing dilihat semakin ketara dan terus menyokong pasaran tempatan pada paras semasa,” katanya kepada Bernama.
Sehubungan itu, Thong menjangkakan indeks utama berkenaan bergerak dalam julat 1,740 hingga 1,760 hari ini.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank, Public Bank dan Tenaga Nasional masing-masing meningkat empat sen kepada RM11.24, RM4.79 dan RM14.84.
CIMB Bank naik sembilan sen kepada RM7.98 manakala IHH Healthcare kekal tidak berubah pada RM8.83.
Bagi saham paling aktif, Manforce Group susut tiga sen kepada 35 sen, GIIB Holdings turun 1.5 sen kepada 17 sen, Jentayu Sustainables naik setengah sen kepada 29.5 sen dan Zetrix AI tidak berubah pada 86.5 sen.
Kaunter paling untung didahului Malaysian Pacific Industries yang melonjak RM2.44 kepada RM39.94, diikuti KESM Industries meningkat 22 sen kepada RM4.67, Unisem naik 18 sen kepada RM3.68 dan Vitrox Corp menokok 16 sen kepada RM5.76.
Sebaliknya, Nestle mendahului kaunter rugi apabila susut 20 sen kepada RM101.50, diikuti Fraser & Neave Holdings turun 16 sen kepada RM29.40, Petronas Chemicals merosot 10 sen kepada RM5.82 dan PJBumi jatuh tujuh sen kepada RM3.22.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 66.93 mata kepada 12,954.27, Indeks FBM Top 100 naik 68.60 mata kepada 12,800.22, Indeks FBM Emas Shariah menambah 51.99 mata kepada 12,918.54, Indeks FBM Mid 70 melonjak 94.41 mata kepada 18,636.89 dan Indeks FBM ACE meningkat 8.36 mata kepada 4,609.43.
Mengikut sektor, Indeks Tenaga susut 2.02 mata kepada 833.61 dan Indeks Perladangan turun 8.14 mata kepada 8,999.06.
Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.06 mata kepada 197.73 manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 133.97 mata kepada 20,268.30.
–Bernama

