Calon BN Bakal Berentap Sengit Dengan Calon PH Bekas Menteri Besar Melaka

Calon BN Bakal Berentap Sengit Dengan Calon PH Bekas Menteri Besar Melaka

Bukit Katil – Hari ini serentak di 28 Pusat Penamaan Calon DUN untuk Pilihanraya Negeri (PRN) Melaka yang dibuat dengan SOP yang agak ketat berbanding dengan pilihanraya kecil sebelum ini dalam suasana pasca Covid-19. Antara DUN yang menjadi tumpuan sudah semestinya DUN N17 Bukit Katil yang tiba-tiba menjadi panas dengan tumpuan media.

Pertanding di DUN Bukit Katil ini menyaksikan pertandingan 4 penjuru antara calon BN, PN, PH dan calon bebas. Calon Barisan Nasional (BN) diwakili oleh Datuk Wira Hasnoor Sidang Husin Timbalan Ketua UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya manakala calon Pakatan Harapan (PH) dari parti Amanah diwakili oleh bekas Menteri Besar Melaka zaman PH memerintah iaitu Adly Zahari. Seorang lagi calon Muhammad Al Hafiz Yahya dari PAS mewakili Perikatan Nasional (PN) manakala satu pencalonan Bebas ialah Abdul Hamid Mustapha.

DUN Bukit Katil sudah pasti menjadi tumpuan ramai kerana calon “heavy” yang bertanding di kawasan ini dengan jumlah keseluruhan pengundi seramai 25,506 pengundi meliputi pecahan pengundi Melayu 16,389 pengundi, Cina 7,593 pengundi, India 1,149 pengundi dan Lain-lain 375 pengundi.

Dengan arahan terkini dari SPR dan MKN mengenai SOP serta kaedah berkempen norma baru ini sudah tentu masing-masing calon mempunyai kaedah dan juga strategi berkempen yang tersendiri. Rata-rata calon menekan kaedah kempen melalui penggunaan media sosial berbanding cara lama seperti berceramah dan kempen rumah ke rumah. Ini ditekankan sendiri oleh calon BN Datuk Wira Hasnoor.

“Saya nampak kali ini kempen tidak dapat dilakukan secara fizikal maka kekuatan media sosial akan memainkan peranan dan saya yakin dan percaya kita (BN) telah bersedia dalam semua aspek berkempen” ujar Datuk Wira Hasnoor sewaktu ditanya wartawan di luar Dewan Penamaan Calon pagi tadi.

– Joy Reyzal

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )