
Colorverse, Platform Ekonomi Komuniti NFT Pemacu Perubahan Baharu di Asia
KUALA LUMPUR, 3 Oktober 2022 – Colorverse, sebuah ekosistem ekonomi komuniti yang diterajui komuniti dan memfokus kepada NFT (non-fungible token) inovatif baharu telah dilancarkan pada bulan ini. Platform pemacu perubahan tersebut menggabungkan elemen-elemen terbaik dari aktiviti-aktiviti Perolehan dan Hiburan untuk para Pencipta dan Peminat (“komuniti”), di samping mendemonstrasikan bagaimana Web 3.0 mencipta nilai apabila ia beralih dari ekonomi pencipta Web 2.0 sedia ada kepada sesuatu yang dihasilkan oleh komuniti untuk komuniti.
Secara keseluruhannya, ekosistem dikuasakan blockchain ini memperkasakan para Pencipta dan Peminat untuk bersosial, berhubung antara satu sama lain, dan para Peminat dan Pencipta juga dapat meraih manfaat sepanjang proses tersebut. Mereka juga dapat menikmati peluang “Earn-tertainment” untuk Memperoleh, Menghibur dan Berhibur. Segala yang terbaik dalam aktiviti-aktiviti Perolehan dan Hiburan, dan Colorverse merupakan ekonomi komuniti pertama di Asia yang membolehkannya untuk kedua-dua audiens.
Kuasa Komuniti NFT
Komuniti NFT adalah kaedah berhubung baharu antara para Pencipta dan Peminat. Di Colorverse, platform ini membolehkan para Pencipta membina komuniti mereka sendiri dengan melancarkan NFT yang unik dan menganjurkan acara-acara metaverse. Ia juga menyediakan platform untuk peminat-peminat mereka bersosial, berhubung dan saling mencipta – inilah cadangan “sama menang” untuk seluruh komuniti tersebut.
Selain berhubung, komuniti NFT juga memperkasakan para Pencipta dan Peminat untuk menikmati pelbagai manfaat kewangan – mereka akan diberi ganjaran berdasarkan tahap aktiviti masing-masing dalam komuniti seperti membawa ahli-ahli baharu, memberi tip kepada Pencipta dan sebagainya. Para Peminat boleh memanfaatkan ciri-ciri sedia ada untuk membincangkan, mencadangkan, dan menyumbang kepada masa hadapan dan pertumbuhan kekayaan komuniti. Platform ini memberikan nilai sebenar “Earn-tertainment” kepada para Pencipta dan Peminat dan memaksimumkan kolaborasi antara jenama untuk memastikan pertumbuhan kekayaan yang mampan dalam komuniti.
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Colorverse, Sharon Tse, berkata, “Colorverse dicipta sebagai sebuah platform diterajui komuniti di mana para Pencipta dan Peminat mempunyai ruang untuk saling menikmati manfaat komersial dengan membina rangkaian sosial mereka dan saling memberi galakan kepada satu sama lain. Kami berusaha keras untuk menjadi Ekonomi Komuniti NFT terbaik di Asia di samping mendefinisi semula cara Peminat dan Pencipta berhubung untuk saling mencipta dan menikmati manfaat. Pada masa yang sama, kami turut membolehkan kedua-dua pihak menikmati pertumbuhan ‘earn-tertainment’ baharu dalam komuniti NFT kami!”
“Misi kami yang sebenar adalah untuk menangani dan menyelesaikan isu-isu hubungan antara Pencipta-Peminat yang tidak memuaskan dalam era Web 2.0. Dalam pada dunia melalui peralihan dari Web 2.0 ke Web 3.0, potensi Web 3.0 yang belum diterokai menjanjikan salah satu peluang pelaburan yang paling menarik untuk semua orang yang terlibat dalam bidang ekonomi komuniti,” tambah Tse.
Mempamerkan penciptaan bersama dengan sinergi
Selain itu, Colorverse juga berbesar hati mengumumkan kerjasama dengan seorang artis Malaysia, Kenny Low. Lagu terbaru penyanyi tersebut yang berjudul ‘It Doesn’t Matter’ akan dilancarkan sebagai NFT dalam ekosistem Colorverse di mana para Peminat akan dapat memiliki sebahagian daripada lagu tersebut. Mereka boleh mula membeli NFT itu pada akhir Oktober 2022 dan akan diberi peluang untuk tampil dalam video muzik Kenny, di samping mendapat akses eksklusif ke Music Video Premier Party penyanyi tersebut di metaverse.
Populariti Kenny mula meningkat pada 2017 apabila beliau memenangi tempat kedua dalam The Voice Asia, selain disenaraikan sebagai salah seorang daripada 3 peserta terbaik dalam pelbagai pertandingan muzik dari 2011 hingga 2017. Usaha sama antara Colorverse dan Kenny adalah satu contoh yang baik tentang apa yang ingin dilakukan oleh platform Colorverse untuk para Pencipta kandungan seperti Kenny Low dan para Peminat yang menghargai bakat beliau.
Secara ringkasnya, Colorverse memperkasakan para Pencipta seperti Kenny untuk melancarkan koleksi NFT mereka dan berinteraksi bersama para peminat di samping mengekalkan kawalan sepenuhnya terhadap kandungan yang ingin mereka gunakan untuk menjana keuntungan. Colorverse mensasarkan untuk menetapkan pelbagai standard baharu dan membangunkan sebuah generasi baharu platform-platform media sosial, di samping menyelesaikan segala cabaran dan isu semasa dalam landskap media sosial sedia ada.
Colorverse bekerjasama dengan artis Malaysia, Kenny Low untuk lagu terkininya berjudul, ‘It Doesn’t Matter’ yang dijadikan NFT
Mengenai Colorverse
Platform komuniti NFT SocialFi pertama di Asia dengan penyelesaian pemasaran Web 3.0
Colorverse adalah sebuah platform penjana ekonomi komuniti dengan penyelesaian pemasaran NFT yang menghubungkan para Pencipta, Peminat dan pelbagai jenama dengan memanfaatkan teknologi rantai blok dan sebuah ekosistem.
Colorverse yang ditubuhkan pada 2021 direka untuk mengubah arah tuju persekitaran hiburan sosial semasa. Kami ingin membolehkan semua orang menikmati hiburan sambil memperkembangkan kekayaan mereka melalui pengalaman Web 3.0 yang dikenali sebagai “Earn-tertainment”. Kami ingin mentransformasi ekonomi pencipta sedia ada menjadi sebuah era baharu, ekonomi diterajui komuniti, serta memberikan perspektif baharu untuk pemasaran pempengaruh (influencer), yang menyerlahkan kuasa komuniti.
Untuk maklumat lanjut mengenai Colorverse, sertai https://linktr.ee/colorverse.
Eshwari Vasuthewan
Project Manager
Phone: +60 16-212 5692
E-mail: [email protected]
Zuhair Zarudin
PR Senior Associate
Phone: +60 17-398 0387
E-mail: [email protected]
-faisal