COVID-19: 2,847 kes baharu, Selangor tertinggi diikuti Sarawak – Dr Noor Hisham

COVID-19: 2,847 kes baharu, Selangor tertinggi diikuti Sarawak – Dr Noor Hisham

KUALA LUMPUR,. Jumlah kes harian COVID-19 kekal di atas paras 2,800 untuk dua hari berturut-turut, apabila 2,847 kes dilaporkan dalam tempoh 24 jam lepas menjadikan jumlah kumulatif kes 387,535.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi Twitter rasminya memaklumkan Selangor merekodkan kes baharu tertinggi dengan 748, diikuti Sarawak (717), Kelantan (476), Kuala Lumpur (302), Johor (130) dan Negeri Sembilan (105).

Sejumlah 89 kes direkodkan di Pulau Pinang, diikuti Sabah (82), Perak (45), Kedah (44), Melaka (42), Pahang (39), Putrajaya (14), Terengganu (11), Labuan (tiga) selain tiada kes baharu di Perlis.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )