HomeFeaturedBerita Semasa

Cuaca panas, kurang hujan di Semenanjung berterusan hingga 31 Jan – MetMalaysia

KUALA LUMPUR,. Cuaca panas dan kurang hujan dijangka berterusan di kebanyakan tempat di Semenanjung Malaysia terutamanya di bahagian utara, sehingga 3

Ribut petir, hujan lebat dijangka landa hampir semua negeri hingga 7 malam ini
Kemajuan projek ECRL di Pahang capai 97.3 peratus setakat April – Exco
Saifuddin Nasution jumpa AGC esok berhubung kehilangan Amri Che Mat, Raymond Koh

KUALA LUMPUR,. Cuaca panas dan kurang hujan dijangka berterusan di kebanyakan tempat di Semenanjung Malaysia terutamanya di bahagian utara, sehingga 31 Jan ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Ketua Pengarah MetMalaysia Mohd Hisham Mohd Anip berkata penumpuan angin pula dijangka berlaku di Sabah, Labuan dan Sarawak bermula pada 29 hingga 31 Jan ini.

“Keadaan ini berpotensi membawa ribut petir berserta hujan lebat dalam jangka masa yang lebih panjang di kawasan berkenaan dalam tempoh tersebut,” katanya menerusi hantaran di Facebook MetMalaysia hari ini.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa merujuk laman sesawang dan media sosial rasmi METMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

— BERNAMA