Dakwaan fitnah: Polis ambil keterangan dan rampas telefon bimbit Rafizi

Dakwaan fitnah: Polis ambil keterangan dan rampas telefon bimbit Rafizi

KUALA LUMPUR,. Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, telah selesai memberi keterangan kepada polis semalam berhubung dakwaannya mengeluarkan kenyataan fitnah mengaitkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abd Latiff Ahmad.

Rafizi dilihat tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul kira-kira jam 3 petang bersama tiga peguam Adi Zulkarnain Zulkafli, Mohd Ashraf Othman dan Nik Zarith Nik Moustpha dan selesai memberi keterangan pada jam 4.44 petang.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP, Beh Eng Lai, ketika dihubungi Bernama, mengesahkan bahawa polis telah merakam percakapan Rafizi dan membuka kertas siasatan susulan laporan polis oleh pegawai khas menteri berkenaan, Sayed Ahmad Muizzuddin Al Sayed Mohamad, Selasa lalu.

Katanya, polis turut merampas satu unit telefon bimbit milik Rafizi untuk siasatan.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Dalam laporan polis itu, Rafizi didakwa telah mengeluarkan beberapa kenyataan fitnah, kononnya wanita bernama Zainab Mohd Salleh yang memperoleh projek pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS) adalah isteri kepada Abd Latif.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)