Dato’ Teng Chang Khim dilantik sebagai pengerusi baru SME Corp. Malaysia

HomeFeaturedBusiness

Dato’ Teng Chang Khim dilantik sebagai pengerusi baru SME Corp. Malaysia

KUALA LUMPUR,. SME Corp. Malaysia telah mengumumkan pelantikan Dato’ Teng Chang Khim sebagai Pengerusi baharu, berkuat kuasa 18 Mei 2026.Pelantika

Mydin perluas pasaran, buka Mydin Mart ke-30 di Bagan Datuk
Perodua turunkan harga Axia, kongsi manfaat penjimatan operasi dengan pelanggan
ASEAN sasar perdagangan intra-serantau 30 peratus menjelang 2030 – Mohamad

KUALA LUMPUR,. SME Corp. Malaysia telah mengumumkan pelantikan Dato’ Teng Chang Khim sebagai Pengerusi baharu, berkuat kuasa 18 Mei 2026.

Pelantikan tersebut dibuat oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Steven Sim Chee Keong

Teng merupakan graduan lulusan undang-undang dari University of London dan memiliki Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari Universiti Perdana.

Beliau membawa pengalaman luas dalam pembangunan industri dan perniagaan, selepas pernah berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Perbadanan Teknologi Maklumat dan Ekonomi Digital Selangor (SIDEC), serta Invest Selangor Berhad.

Bekas Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Selangor ini juga mempunyai pengalaman dalam pembangunan PMKS menerusi tanggungjawabnya sebagai Exco Selangor dengan memegang portfolio Pelaburan, Industri Kecil dan Sederhana, Perdagangan dan Pengangkutan (2014-2018) serta Industri dan Perdagangan (20182023) selain Kerajaan Tempatan, R&D dan Pengangkutan Awam (2013-2014).

Sepanjang kerjayanya, beliau turut berkhidmat sebagai Pengerusi Majlis Informasi dan Ekonomi Digital Selangor, Naib Pengerusi Majlis Industri Halal Selangor, serta Pengerusi Penganjur Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS).

SME Corp. Malaysia menyambut baik pelantikan ini dan menyatakan komitmennya untuk terus memperkukuh perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di Malaysia, khususnya melalui inisiatif penskalaan di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).

Pada masa sama, SME Corp. Malaysia merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pengerusi terdahulu, Tan Sri Datuk Seri Panglima Bernard Giluk Dompok atas kepimpinan dan sumbangan beliau sepanjang tempoh perkhidmatan sejak 1 April 2023.