Dilaporkan Dari 5-11 Mei 343 Kes Denggi Baharu  -KKM

Dilaporkan Dari 5-11 Mei 343 Kes Denggi Baharu -KKM

PUTRAJAYA,. Kementeria kesihatan mengatakan Sebanyak 343 kes baharu demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi Ke-19 (ME19) dari 5-11 Mei, menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 2,338 berbanding 1,995 minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata satu kematian akibat komplikasi demam denggi direkodkan dalam tempoh itu.

Beliau berkata jumlah kumulatif kes demam denggi yang dilaporkan sehingga ME19 ialah 57,220 berbanding 41,175 kes bagi tempoh sama pada 2023, sambil menambah terdapat 40 kematian akibat komplikasi demam denggi (ME19) berbanding 26 kematian bagi tempoh yang sama pada 2023.

“Terdapat 60 titik panas dilaporkan dalam ME19 berbanding 70 pada minggu sebelumnya.

“Daripada 60 titik panas yang dilaporkan, 45 di Selangor; Kuala Lumpur dan Putrajaya (tujuh); Sarawak (tiga); Pulau Pinang (dua); dan masing-masing satu di Kedah, Perak dan Negeri Sembilan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bagi jangkaan penurunan hujan dan cuaca panas semasa Monsun Barat Daya, beliau berkata keadaan itu boleh menyumbang kepada peningkatan populasi nyamuk Aedes.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk terus memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk Aedes di dalam dan di luar rumah dengan “mencari dan memusnahkan” tempat pembiakan tersebut sekurang-kurangnya 10 minit seminggu sekali.

–Agensi

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )