KUALA LUMPUR,. Beregu lelaki negara Tee Kai Wun-Yap Roy King mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Masters China 2026 selepas menewaskan wakil Jep
KUALA LUMPUR,. Beregu lelaki negara Tee Kai Wun-Yap Roy King mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Masters China 2026 selepas menewaskan wakil Jepun Takumi Nomura-Yuichi Shimogami hari ini.
Pada aksi suku akhir, Kai Wun-Roy King pada awalnya menguasai set pertama 21-13 namun kecundang di set kedua apabila pasangan Jepun itu bangkit untuk mengikat kedudukan dengan kemenangan 21-19.
Pasangan negara itu kembali mendapat rentak pada set penentuan untuk menutup permainan dengan kemenangan 21-12.
Menanti Kai Wun-Roy King di separuh akhir adalah pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu yang menewaskan Soh Wooi Yik-Aaron Tai dalam satu lagi aksi suku akhir.
Sementara itu, satu lagi beregu lelaki negara Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong meneruskan momentum kecemerlangannya untuk mara ke separuh akhir selepas menundukkan pilihan keenam kejohanan dari Indonesia Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani 21-17, 16-21, 21-19.
Nur Mohd Azriyn-Wee Kiong dijadualkan bertemu pilihan keempat kejohanan dari India Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty di separuh akhir esok.
— BERNAMA

