ENAM HILANG: SAR DIGERAK MELALUI DARAT, AIR DAN UDARA – BOMBA

HomeFeaturedBerita Semasa

ENAM HILANG: SAR DIGERAK MELALUI DARAT, AIR DAN UDARA – BOMBA

GERIK,. Operasi mencari dan menyelamat (SAR) enam individu yang dikhuatiri hilang ketika menyertai pendakian di Gunung Trans Gerah, Lojing, Kelantan b

PERKESO salur lebih RM1.2 juta faedah di bawah skim LINDUNG 24 Jam dalam tempoh sebulan
Krisis tenaga global: Kerajaan Negeri Perak teliti laksana penjajaran belanjawan – MB
Ribut Tropika Senyar: Tanah runtuh, pokok tumbang di Seremban, Port Dickson

GERIK,. Operasi mencari dan menyelamat (SAR) enam individu yang dikhuatiri hilang ketika menyertai pendakian di Gunung Trans Gerah, Lojing, Kelantan bermula hari ini dengan pasukan penyelamat digerakkan melalui laluan darat, air dan udara.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Datuk Sayani Saidon berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kehilangan dua malim gunung dan empat ahli keluarga itu petang semalam sebelum perbincangan dengan Bahagian Operasi Ibu Pejabat JBPM dibuat bagi memulakan gerakan SAR pagi ini.

Beliau berkata tiga bot di Jeti Trojan, Gerik digerakkan bagi membawa lapan anggota Pasukan Khas Operasi, Taktikal dan Penyelamat (STORM) serta lima malim bomba melalui laluan air menuju ke Pos Kemar.

“Sebanyak 12 Malim Gunung Perhutanan turut bergerak dari Sungai Siput menggunakan kenderaan pacuan empat roda ke Pos Kemar dan perjalanan itu dijangka mengambil masa kira-kira empat jam.

“Kesemua pasukan akan berkumpul di Pos Kemar yang akan dijadikan Pos Kawalan Hadapan,” katanya ketika dihubungi mengenai perkembangan operasi SAR hari ini.

Sayani berkata Pasukan Udara JBPM dari Pangkalan Udara Wilayah Utara JBPM Bertam pula dijadualkan bergerak dari Bertam pada 2 petang ini untuk menjalankan tinjauan udara bermula dari lokasi terakhir enam individu berkenaan dilihat, iaitu pada 1 Sept lepas, sebelum menyusuri kawasan ke arah Pos Kemar.

“Tinjauan udara ini penting untuk kami mendapatkan gambaran awal mengenai kawasan pencarian, termasuk mengenal pasti laluan yang boleh digunakan oleh pasukan di darat,” katanya.

Beliau berkata unit anjing pengesan (K9) JBPM yang tiba pagi ini turut berada dalam keadaan siap siaga namun belum dikerahkan sementara menunggu perancangan operasi dimuktamadkan.

“Mesyuarat penyelarasan antara agensi masih berlangsung di Ibu Pejabat Polis Daerah Gerik bagi menentukan perancangan serta gerakan SAR di lapangan,” katanya.

Operasi itu turut melibatkan Polis Diraja Malaysia, Jabatan Perhutanan, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara, Pasukan Gerakan Am, JBPM dan Malim Gunung Perhutanan.

Semalam, Penolong Pengarah Operasi JBPM Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata pihaknya menerima maklumat kejadian itu pada 6.31 petang sebelum penyelarasan dibuat bersama agensi kerajaan lain bagi tindakan selanjutnya.

Enam individu termasuk empat sekeluarga dan dua malim gunung dikhuatiri hilang selepas memulakan pendakian pada 29 Ogos lepas.

Laporan berkaitan kehilangan itu diterima daripada ahli keluarga semalam selepas mereka gagal keluar dari hutan mengikut tarikh dijadualkan pada 3 Sept.

— BERNAMA