F1: Red Bull kejutkan Mercedes

F1: Red Bull kejutkan Mercedes

BAHRAIN: Red Bull menampilkan prestasi yang tidak dapat disangkal bahawa mereka adalah pesaing mantap untuk kejohanan Formula Satu (F1) dalam latihan di Bahrain. Dengan Max Verstappen mendahului kedua-dua sesi, juara bertahan Lewis Hamilton dan pasukan Mercedes terpaksa akur bahawa mereka tidak dapat menandingi lawan mereka itu.

Hamilton, berhasrat untuk membawa pulang gelaran juara dunia kelapan beliau musim ini, menerima bahawa setelah dirinya dan Mercedes mendominasi F1 sejak 2014 kini mereka ketinggalan.

“Ia tidak berada di mana kami mahukan,” katanya.

“Hujung minggu ini nampak lebih baik tetapi belum sempurna. Kami masih ada cabaran yang harus diharungi namun kami kekal positif.”

Hamilton lagi sekali mengetengahkan sifat tidak stabil kereta itu yang telah ternyata dalam pasukan Mercedes sejak latihan.

“Kami telah menjangka Red Bull akan sepantas ini, kami sedar mereka sedang mendahului, kami akan berusaha malam ini dan cuba mencari iktihar.”

Dalam perlumbaan yang dijalankan dalam keadaan cuaca luar biasa pagi itu, Red Bull sudah nampak seperti bersedia sejak percubaan untuk masuk ke minggu pertama daripada 23 perlumbaan musim ini. Verstappen paling pantas, hampir 0.3 saat mendahului pemandu Mercedes Valtteri Bottas, diikuti Lando Norris dari pasukan McLaren di tempat ketiga sementara Hamilton setengah saat di belakang Red Bull di tempat keempat.

Pada sesi petang, perlumbaan dijalankan di bawah pancaran lampu sorot, Red Bull yang sudah mendahului lagi sekali membuktikan kehandalan mereka. Verstappen merekodkan masa 1m 30.847s, lebih setengah saat laju daripada masa terbaiknya tadi, cukup untuk meninggalkan Hamilton di nombor tiga dengan 0.2 saat perlahan. Norris dan McLaren yang merangkul nombor tiga dalam kejohanan musim lepas, menampilkan kegigihan mereka dengan pemandu kelahiran British itu menyusul di tempat kedua hanya dengan 0.1 saat di belakang Verstappen.

Mengakui bahawa itu adalah percubaan terbaik dalam kariernya, Verstappen masih berjaga-jaga dalam rasa optimistik. “Dengan kepanasan ini, ia tidak mudah untuk mencari keseimbangan dalam seluruh litar tetapi ia merupakan hari yang positif. Kini kita harus menunjukkan kebolehan dalam pusingan kelayakan.”

Ketua pasukan Mercedes Toto Wolff mengakui pada masa ini sudah cukup baik jika kumpulannya mampu mengikut rentak Red Bull.

“Jika kami ketinggalan, kami harus mengejar dan melakukan tugas dengan baik. Jika kami boleh mengejar kelajuan yang sama, mungkin senario yang paling munasabah buat kami – kami sudah mampu menyaingi kumpulan hebat lain.”

Sepanjang penyertaan mereka mengejar kelajuan itu, Mercedes sudah tampil setaraf dengan Red Bull.

Mick Schumacher, anak lelaki tujuh kali juara dunia Michael Schumacher, memberi persembahan mantap dalam penampilan sulung beliau sebagai pemandu F1. Tidak bersaing sengit bersama Haas, pemandu Jerman itu berada di tempat ke-18 petang itu.

Fernando Alonso kembali selepas dua musim, di tempat ke-15 untuk Alpine, empat tempat di belakang pelumba sepasukan Esteban Ocon.

— AFP

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )