Fahmi Sahkan Lima Laporan Polis Telah Difailkan Berhubung Jalur Gemilang Tidak Lengkap

Fahmi Sahkan Lima Laporan Polis Telah Difailkan Berhubung Jalur Gemilang Tidak Lengkap

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil mengesahkan bahawa pihaknya menerima maklum mengenai lima laporan polis yang telah difailkan susulan paparan Jalur Gemilang tidak lengkap dalam satu pameran perdagangan di ibu negara.

Menurut beliau, laporan dibuat oleh gabungan PKR dan UMNO di Lembah Pantai, susulan penularan video yang menunjukkan imej bendera negara tanpa bulan sabit di pentas utama ekspo bayi terbabit.

Fahmi memaklumkan bahawa kes berkenaan diserahkan kepada pihak polis untuk disiasat di bawah undang-undang berkaitan lambang kebangsaan. “Kami harap siasatan dibuat secara telus, dan jika ada kesalahan, tindakan sewajarnya diambil,” katanya.

Penganjur TCE Baby Expo telah tampil memohon maaf dan pempamer dari Singapura yang terlibat telah menutup gerainya.

gerbangpost.com

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )