Gempa bumi bermagnitud 6.0 di pantai timur Honshu, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia

HomeFeaturedBerita Semasa

Gempa bumi bermagnitud 6.0 di pantai timur Honshu, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia

KUALA LUMPUR,. Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.9 melanda kawasan berhampiran pantai timur Honshu, Jepun pada 6.30 pagi ini, menurut Jabatan Meteoro

Kaedah pengajaran berpasukan wajar diberi peluang dilaksanakan – NUTP
Wartawan sukan Haresh Deol diserang dua individu di Bangsar
Indonesia teruskan langkah penstrukturan semula anak syarikat kerajaan – Prabowo

KUALA LUMPUR,. Satu gempa bumi kuat bermagnitud 6.9 melanda kawasan berhampiran pantai timur Honshu, Jepun pada 6.30 pagi ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, gempa itu berlaku pada koordinat 40.2 darjah Utara dan 142.2 darjah Timur, kira-kira 64 kilometer tenggara Hachinohe, Jepun.

Menurut jabatan itu, gempa bumi berkenaan berlaku pada kedalaman 79 kilometer.

Berdasarkan penilaian awal MetMalaysia, gempa bumi berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

SUMBER;

–BERNAMA