GEMPA BUMI SEDERHANA LANDA PAPUA BARAT

HomeFeaturedBerita Semasa

GEMPA BUMI SEDERHANA LANDA PAPUA BARAT

KUALA LUMPUR,. Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.3 magnitud dikesan berlaku di Papua Barat, Indonesia pada 8.04 pagi ini.Jabatan Meteorologi M

Bursa dibuka tinggi pada awal dagangan pagi ini
Bursa dibuka rendah pada pagi ini
Bursa dibuka tinggi pada pagi ini

KUALA LUMPUR,. Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.3 magnitud dikesan berlaku di Papua Barat, Indonesia pada 8.04 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan gempa bumi itu berpusat pada koordinat 3.4 darjah selatan dan 139.6 darjah timur, kira-kira 159 kilometer (km) barat daya dari Jayapura.

Gempa bumi berkenaan berlaku pada kedalaman 60 km.

Menurut MetMalaysia, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian gempa itu.

— BERNAMA