Gunung Semeru Indonesia meletus, kepulan asap menjulang 900 m

HomeFeaturedBerita Semasa

Gunung Semeru Indonesia meletus, kepulan asap menjulang 900 m

JAKARTA,. Gunung Semeru di Indonesia, yang terletak di sempadan Kabupaten Lumajang dan Malang di Jawa Timur meletus pada pagi Ahad, mencetuskan tiang

Anwar tidak tergesa-gesa isi kekosongan Kabinet
Lebih RM76 bilion hasil kutipan JKDM, manfaat besar kepada rakyat
Hamas dakwa Lembaga Keamanan abaikan peranan Israel dalam krisis banjir Gaza

JAKARTA,. Gunung Semeru di Indonesia, yang terletak di sempadan Kabupaten Lumajang dan Malang di Jawa Timur meletus pada pagi Ahad, mencetuskan tiang abu setinggi 900 meter (m) di atas puncaknya, menurut pihak berkuasa.

Dalam satu kenyataan, pegawai pemerhati di pos pemantauan Semeru Sigit Rian Alfian berkata letusan berlaku pada 8 pagi waktu tempatan dengan tiang abu mencecah kira-kira 4,576 m dari aras laut.

“Tiang abu gunung berapi berdurasi kira-kira 111 saat diperhatikan berwarna putih hingga kelabu dan hanyut ke arah barat daya dengan intensiti tebal,” katanya menurut Agensi Berita Antara pada Ahad.

Data pemantauan menunjukkan dalam tempoh enam jam dari tengah malam hingga 6 pagi, Semeru merekodkan 18 gegaran berkaitan letusan dengan amplitud antara 10 hingga 22 milimeter dan tempoh antara 89 dan 201 saat.

Puncak tertinggi di Pulau Jawa itu turut mencatatkan aktiviti seismik lain, termasuk pelepasan gas, gegaran harmonik dan satu gempa bumi tektonik jauh dalam tempoh yang sama.

Pihak berkuasa mengekalkan status berjaga-jaga Semeru di Tahap III (Siaga), memberi amaran kepada penduduk supaya mengelak semua aktiviti dalam jarak 13 kilometer dari puncak di sektor tenggara.

–BERNAMA