HASIL ROYALTI PERLOMBONGAN MINERAL PAHANG CECAH RM74.399 JUTA SETAKAT 24 NOV

HomeFeaturedBerita Semasa

HASIL ROYALTI PERLOMBONGAN MINERAL PAHANG CECAH RM74.399 JUTA SETAKAT 24 NOV

KUANTAN,. Hasil royalti perlombongan mineral di Pahang mencecah RM74.399 juta setakat 24 Nov tahun ini, berbanding RM63.467 juta sepanjang 2025, persi

MetMalaysia; tingkat kesiapsiagaan, pantau perkembangan El Nino
Bekalan bahan api di rangkaian stesen Petronas kekal stabil hingga Ogos
RUNDINGAN IRAN, NEGARA TELUK MENGENAI SELAT HORMUZ DITANGGUHKAN

KUANTAN,. Hasil royalti perlombongan mineral di Pahang mencecah RM74.399 juta setakat 24 Nov tahun ini, berbanding RM63.467 juta sepanjang 2025, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang diberitahu hari ini.

Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata hasil itu merangkumi perlombongan bijih besi sebanyak RM20.116 juta, bijih timah (RM1.293 juta), bauksit (RM2.776 juta), emas (RM48.009 juta), galena (RM14,700), kaolin (RM8,400), mangan (RM640,000) dan silika (RM1.540 juta).

Beliau berkata hasil daripada aktiviti perlombongan dan pengeluaran mineral pula merekodkan RM92.441 juta setakat 24 Nov tahun ini berbanding RM80.232 juta pada 2025.

“Bagi hasil daripada aktiviti perlombongan dan pengeluaran mineral merekodkan sebanyak RM92.441 juta pada 24 Nov tahun ini berbanding RM80.232 juta pada tahun lepas,” katanya pada persidangan di Wisma Sri Pahang di sini.

Beliau menjawab pertanyaan Hasan Omar (PN-Lanchang) mengenai jumlah hasil diterima Kerajaan Negeri Pahang daripada aktiviti perlombongan dan pengeluaran mineral bagi 2025 hingga kini, jenis mineral yang menjadi penyumbang terbesar serta strategi kerajaan negeri untuk memastikan sumber galian diproses dan mempunyai nilai tambah menerusi pembangunan industri.

Wan Rosdy berkata kerajaan negeri turut memberi perhatian kepada pembangunan industri hiliran mineral bagi meningkatkan nilai tambah sumber berkenaan serta memperkukuh sektor pembuatan negeri.

Beliau berkata kerajaan negeri telah meluluskan cadangan pembangunan kilang pengeluaran aloi mangan di Gebeng dengan nilai pelaburan kira-kira RM1 bilion.

“Cadangan yang diluluskan tahun ini dijangka mula beroperasi pada 2027 dan berpotensi menyokong rantaian bekalan industri besi dan keluli,” katanya.

Dalam industri emas, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai itu berkata Pahang Gold Sdn Bhd, anak syarikat Pahang Mining Corporation, sedang meneroka penghasilan jongkong emas dan barang kemas bagi meningkatkan nilai tambah sumber emas tempatan.

— BERNAMA