
Hasrat Drogba jadi presiden FIF terjejas
ABIDJAN,. NUsaha Didier Drogba untuk mengisi jawatan presiden Persatuan Bolasepak Ivory Coast (FIF) berdepan ancaman semalam apabila Persatuan Pemain (AFI) mengumumkan mereka akan menyokong pencabarnya.
Drogba perlukan pencalonan satu daripada lima badan induk untuk jawatan itu.
AFI adalah persatuan keempat yang membuat keputusan dan sama seperti tiga yang sudah mengumumkan keputusan mereka, mengambil keputusan tidak menyokong penjaring terbanyak sepanjang zaman pasukan kebangsaan itu.
AFI berkata mereka menyokong naib presiden FIF ketika ini, Idriss Diallo, yang turut menerima sokongan bekas pemain antarabangsa Bonaventure Kalou, Cyril Domoraud dan Ahmed Ouattara untuk pemilihan 5 September ini.
“Sejajar dengan majoriti ahli, ahli majlis bersetuju untuk menyokong penajaan AFI kepada senarai diketuai Idriss Diallo,” kata AFI dalam satu kenyataan ditandatangani setiausaha agung, Aruna Dindane yang juga bekas pemain antarabangsa.
“Pilihan ini selaras dengan cadangan dibuat oleh dua pertiga delegasi pada penghujung mesyuarat Jumaat lalu,” kata kenyataan itu.
Yaya Toure, sama seperti abangnya, Kolo Toure bagaimanapun menyokong Drogba.
– AFP