HONOR Magic Vs meningkatkan penanda aras industri

HONOR Magic Vs meningkatkan penanda aras industri

KUALA LUMPUR,. HONOR mengumumkan keluaran HONOR Magic Vs, telefon boleh lipat flagship pertama HONOR untuk bersaing di pasaran antarabangsa.

Dengan pelbagai ciri baharu, telefon pintar baharu ini mendorong penanda aras industri dari segi rekaan, paparan, prestasi dan pengalaman pengguna, menjadikannya peranti yang terbaik untuk perniagaan dan hiburan.

“Kami yakin peranti ini akan membawa kemajuan besar, sekali gus mengubah cara penggunaan telefon pintar di seluruh dunia,” kata George Zhao, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) HONOR Device Co, Ltd.

Sebagai telefon pintar yang paling ringan dalam industri (261g) pada masa pengeluarannya, HONOR Magic Vs padat dengan bateri 5000mAh dan pengecas pantas berwayar HONOR SuperCharge 66W yang membolehkan bateri mencapai 100 peratus dalam tempoh 46 minit.

Bagi mereka yang gemar mengambil gambar, HONOR Magic Vs memperkayakan hobi mereka dengan sistem tiga kamera serta ciri HONOR Image Engine.

HONOR Magic Vs yang terdiri daripada kamera utama, kamera lebar ultra & makro dan kamera zum optik (masing-masing 54MP IMX800, 50MP dan 8MP 3X) membolehkan pengguna memperoleh imej yang menawan dalam butiran yang terperinci.

HONOR Magic Vs turut memperkenalkan Circadian Night Play, yang berupaya mengurangkan kesan negatif cahaya biru dengan efektif dan pada masa sama meningkatkan kualiti tidur pengguna supaya lebih bertenaga dan produktif pada waktu siang.

Pengguna tidak perlu risau tentang isu keselamatan dan privasi kerana telefon boleh lipat ini dilengkapi dengan sistem sekuriti Dual TEE (Trusted Execution Environment) dibangunkan bersama Qualcomm untuk memberi perlindungan perkakasan kepada pengguna bagi memastikan privasi dan keselamatan dipertingkatkan.

Apabila dilipat, HONOR Magic Vs mempunyai paparan 6.45 inci 6 dengan nisbah aspek 21:9 yang mesra pengguna serta nisbah skrin ke badan 90 peratus untuk pengalaman menonton yang menyeronokkan menerusi paparan dalaman luas 7.9 inci.

Disokong oleh gamut warna DCI-P3 100 peratus yang menghasilkan 1.07 bilion warna dan kadar segar semula skrin sehingga 120Hz 8, peminat game dan peminat filem dapat menikmati pengalaman yang luar biasa.

Bukan itu sahaja, Magic Vs memacu kecekapan kuasa kerana ia juga dilengkapi dengan Snapdragon 8+ Gen 1 Mobile Platform yang meningkatkan prestasi GPU dan CPU.

Engsel HONOR Magic Vs yang dihasilkan daripada bahan gred aeroangkasa mampu menahan lebih 400,000 lipatan, bersamaan penggunaan lebih 10 tahun dengan 100 lipatan sehari. Kehebatan ini menghasilkan penanda aras baharu dalam rekaan telefon boleh lipat.

Telefon boleh lipat ini diperkasakan dengan MagicOS 7.0 terkini berdasarkan Android 12. HONOR Magic Vs dimuatkan dengan ciri pintar yang dipertingkatkan untuk membantu dalam pelbagai tugasan dan meningkatkan produktiviti ke tahap maksimum.

HONOR adalah penyedia terminal pintar global yang ditubuhkan pada 2013, dengan komitmen untuk menjadi jenama teknologi ikonik global.

Adakah telefon boleh lipat flagship antarabangsa pertama HONOR akan tiba di Malaysia? Kita akan menantikan jawapannya.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus (0 )