IFSB anjur mesyuarat tahunan maya pertama 2020

KUALA LUMPUR,. Mesyuarat tahunan Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSB) 2020: Mesyuarat Majlis ke-36 dan Perhimpunan Agung ke-18, yang dihoskan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) diadakan secara maya pada 4 Jun, 2020.

IFSB dan anggotanya memutuskan pelaksanaan format maya itu berikutan pandemik COVID-19, menjadikannya sebagai mesyuarat tahunan dan perhimpunan agung yang pertama secara dalam talian sepenuhnya.

IFSB dalam kenyataan hari ini berkata mesyuarat itu dipengerusikan Gabenor BNM Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus merangkap Pengerusi IFSB bagi 2020.

IFSB selaku organisasi penetapan piawaian antarabangsa dianggotai 187 institusi ahli daripada 57 bidang kuasa merangkumi 99 penggiat pasaran, 79 pihak berkuasa penyeliaan dan peraturan serta sembilan organisasi antarabangsa termasuk Islamic Development Bank.

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )