IMIGRESEN;Tumpaskan Sindiket CETI HARAM ‘Ah Long Bangladesh’

IMIGRESEN;Tumpaskan Sindiket CETI HARAM ‘Ah Long Bangladesh’

 

KUALA LUMPUR,. Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menumpaskan satu sindiket pinjaman wang atau ceti haram yang dikenali sebagai ‘Ah Long Bangladesh’ dalam satu operasi khas dan berjaya menahan dalang sindiket tersebut.

Operasi ini dijalankan oleh sepasukan pegawai imigresen dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas pada jam 1 pagi 2 September 2021 di sebuah premis kediaman Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Semasa pemeriksaan dijalankan, penghuni premis enggan memberikan kerjasama tidak mahu untuk membuka pintu. Pasukan operasi khas terpaksa memecahkan pintu premis untuk melakukan pemeriksaan. Hasil pemeriksaan mendapati terdapat lima orang warga asing berada bersembunyi didalam premis tesebut.


Hasil soal siasat Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) terhadap penghuni rumah terbabit, mendapati suspek utama yang dikenali sebagai ‘Ah Long Bangladesh’ telah melarikan diri ketika pasukan serbuan sedang memecahkan pintu hadapan premis, Suspek utama telah melompat keluar melalui koridor rumah bersebelahan dengan premis dan bersembunyi di kawasan tersebut.

Pasukan operasi telah bertindak memantau seluruh kawasan premis segera melakukan pencarian disekitar kawasan berhampiran. Lebih kurang 2jam kemudian, pasukan operasi berjaya menemui suspek bersembunyi di aras 3 bangunan bersebelahan.

Sebanyak 9 keping pasport Bangladesh dan wang tunai sebanyak RM50,000 dipercayai hasil aktiviti pinjaman dan penghantaran wang tanpa lesen telah ditemui dalam operasi ini. Selain itu, turut ditemui sejumlah dokumen berkaitan sebuah syarikat dan beberapa kontrak penyewaan bangunan yang dipercayai digunakan sindiket untuk menjalankan kegiatan ini.


Sindiket dipercayai menjalankan kegiatan memberi pinjaman wang dan kiriman wang tidak berlesen kepada warga asing bekerja di sekitar Kuala Lumpur.

Siasatan awal mendedahkan (Modus Operandi) sindiket adalah menubuhkan syarikat secara sah bagi mengaburi kegiatan mereka di hidu oleh pihak berkuasa.

Sindiket dipercayai telah menjalankan kegiatan ini sejak setahun yang lalu dengan menjadikan warganegara Bangladesh, sebagai pelanggan dan sasaran mereka.


Seramai dua orang warga Bangladesh yang berumur 23 dan 41 tahun termasuk seorang yang merupakan dalang utama sindiket telah ditahan di bawah Seksyen 51(5) (b)Akta Imigresen 1959/63 selama 14 hari untuk siasatan lanjut suspek juga disiasat di bawah Akta Pasport 1950 (Akta 150) dan Akta Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001(Akta 613). Mereka ditempatkan di Depot Imigresen semenyih.

Manakala semua warga asing lain yang turut ditahan dalam operasi premis tersebut diberikan notis untuk hadir memberi keterangan bagi membantu siasatan selanjutnya.

–ARK

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )