India sekat pelautnya daripada laluan Selat Hormuz

HomeFeaturedBerita Semasa

India sekat pelautnya daripada laluan Selat Hormuz

NEW DELHI,. Kerajaan India mengarahkan pemilik kapal, pengurus kapal dan syarikat pengambilan kru supaya tidak menugaskan pelaut negara itu di atas ka

Inisiatif NTIS percepat pengkomersialan teknologi halal tempatan
Ekonomi Indonesia berkembang 5.61 peratus pada suku pertama
FIFA sifatkan pertemuan dengan FA Iran positif menjelang Piala Dunia

NEW DELHI,. Kerajaan India mengarahkan pemilik kapal, pengurus kapal dan syarikat pengambilan kru supaya tidak menugaskan pelaut negara itu di atas kapal yang melalui laluan Selat Hormuz, lapor Xinhua.

Arahan itu dikeluarkan lewat Rabu oleh Direktorat Jeneral Perkapalan, pihak berkuasa maritim tertinggi India.

Menurut arahan itu, insiden serangan terhadap kapal dagang sejak beberapa hari kebelakangan ini telah meningkatkan dengan ketara risiko yang dihadapi pelaut dan kapal komersial yang beroperasi di kawasan konflik berkenaan.

Pertempuran yang kembali tercetus antara Amerika Syarikat dan Iran telah meningkatkan ketegangan di Asia Barat, khususnya di Selat Hormuz.

Dalam tempoh tiga hari lepas, dua pelaut India terbunuh manakala beberapa lagi cedera dalam serangan ke atas kapal di rantau itu.

SUMBER;

–BERNAMA-XINHUA