Iran dakwa lancar serangan dron ke atas tiga pangkalan AS di Kuwait

HomeFeaturedBerita Semasa

Iran dakwa lancar serangan dron ke atas tiga pangkalan AS di Kuwait

TEHRAN,. entera Iran mendakwa melancarkan serangan terbaharu menggunakan dron kamikaze ke atas tiga pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di Kuwait

AS pertimbang sertai Arab Saudi serang Houthi susulan serangan di Riyadh
Waspada peralihan monsun aktif – Ahmad Zahid
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota

TEHRAN,. entera Iran mendakwa melancarkan serangan terbaharu menggunakan dron kamikaze ke atas tiga pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di Kuwait pada Isnin.

Menurut kenyataan yang disiarkan agensi berita separa rasmi Tasnim dan Al Mayadeen, operasi itu menyasarkan bangunan pentadbiran dan antena pemancar arah di Kem Arifjan.

Kenyataan sama turut mendakwa kemudahan parkir helikopter di Kem Al-Udairi serta kawasan kediaman anggota tentera di Pangkalan Ahmed Al-Jaber menjadi sasaran.

Tentera Iran berkata tindakan tersebut diambil sebagai sebahagian daripada operasi ketenteraan yang menurutnya bertujuan menentang kehadiran tentera AS di rantau Asia Barat.

Bagaimanapun, setakat ini belum terdapat pengesahan rasmi daripada pihak berkuasa AS atau Kuwait berhubung dakwaan serangan dan tahap kerosakan yang dilaporkan.

Kenyataan terbaharu itu dikeluarkan beberapa ketika selepas Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) turut mendakwa melancarkan serangan terhadap aset ketenteraan AS di Pangkalan Ahmed Al-Jaber dan Pangkalan Udara Ali Al-Salem.