IRMOHIZAM TERIMA ANUGERAH PEMIMPIN BERPENGARUH DI ASIA 2026

HomeFeaturedBerita Semasa

IRMOHIZAM TERIMA ANUGERAH PEMIMPIN BERPENGARUH DI ASIA 2026

KUALA LUMPUR,. Pengarah Urusan Kumpulan World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim menerima anugerah Influential Leaders

675 MAUT, 2,498 HILANG DALAM GELONGSORAN LUMPUR DI NEPAL – PIHAK BERKUASA
Diplomasi diraja bawa kembali F1 ke Sepang selepas sembilan tahun
MOTAC gesa perkasa budaya ‘Mesra Malaysia’ lindungi imej negara – Tiong

KUALA LUMPUR,. Pengarah Urusan Kumpulan World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL) Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim menerima anugerah Influential Leaders of Asia 2026 daripada Team Marksmen Network atas kepimpinan dan sumbangan beliau merentasi pelbagai industri.

WTCKL dalam satu kenyataan memaklumkan anugerah itu disampaikan oleh Pengerusi Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB) Dr V. Sivakumar dan Pengarah Urusan Team Marksmen Network Sharad Gupta pada satu majlis di sini, semalam.

“Selepas lima edisi dianjurkan dengan jayanya di India, Malaysia dipilih sebagai destinasi antarabangsa pertama bagi platform itu, sekali gus menghimpunkan tokoh berpengaruh Asia dan memperkukuh peranannya sebagai hab perbincangan kepimpinan serantau.

“Pemilihan Malaysia amat bertepatan ketika negara giat mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) serta memperkukuh kedudukannya sebagai destinasi pelancongan dan acara perniagaan serantau,” menurut kenyataan itu.

Sebelum penyampaian anugerah, Irmohizam menyampaikan ucaptama bertajuk The New Asian Playbook: Leading Through Uncertainty, Winning Through Purpose mengenai pendekatan pemimpin menghadapi ketidaktentuan perniagaan dan mengekalkan kerelevanan.

Beliau turut menganggotai lembaga pengarah World Trade Centers Association (WTCA) yang beribu pejabat di New York, sekali gus memperkukuh hubungan WTCKL dengan rangkaian lebih 300 Pusat Dagangan Dunia di hampir 100 negara dan wilayah.

Selain peranannya di WTCKL, Irmohizam turut memegang beberapa jawatan penasihat dalam sektor awam serta institusi pendidikan dan kesihatan, selain mempunyai lebih 1.8 juta pengikut Instagram.

WTCKL memaklumkan anugerah itu mencerminkan komitmen Irmohizam terhadap pembaharuan, pembelajaran berterusan dan kepimpinan berteraskan matlamat.

Menurut kenyataan itu, beliau komited memperkukuh kerjasama antarabangsa dan menyokong agenda Tahun Melawat Malaysia 2026 melalui penglibatan global yang lebih meluas.

— BERNAMA