BELANJAWAN 2027: HRD CORP MANFAAT RM3 BILION DANA LEVI SOKONG TIGA JUTA PELUANG LATIHAN

HomeFeaturedBerita Semasa

BELANJAWAN 2027: HRD CORP MANFAAT RM3 BILION DANA LEVI SOKONG TIGA JUTA PELUANG LATIHAN

KUALA LUMPUR,. Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) akan memanfaatkan RM3 bilion daripada dana levi bagi menyokong tiga juta peluan

Bekalan bahan api di rangkaian stesen Petronas kekal stabil hingga Ogos
Indonesia gantung pencarian dalam bangkai feri Virgo Transport 8 di bawah air
PBAKL 2026 catat rekod baharu lebih 2.4 juta pengunjung

KUALA LUMPUR,. Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) akan memanfaatkan RM3 bilion daripada dana levi bagi menyokong tiga juta peluang latihan untuk memperkukuh kemahiran tenaga kerja negara menerusi Belanjawan 2027.

Ketua Eksekutif HRD Corp Datuk Shamir Aziz berkata inisiatif itu turut menyokong sasaran Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) untuk meningkatkan peratusan pekerja mahir negara kepada 35 peratus menjelang 2030, dengan tumpuan kepada pensijilan profesional dan peningkatan kemahiran mengikut keperluan industri.

Beliau berkata HRD Corp akan terus memperluas latihan dan latihan semula bagi meningkatkan peluang pekerjaan serta kemajuan kerjaya, di samping membantu pekerja dan perniagaan menghadapi perubahan ekonomi dan keperluan industri.

“HRD Corp akan terus memberi tumpuan kepada latihan yang relevan dengan keperluan industri, pensijilan profesional diiktiraf serta pemanfaatan dana levi secara strategik agar pelaburan majikan dalam pembangunan kemahiran dapat memberikan nilai yang bermakna kepada pekerja dan perniagaan.

“Pada masa sama, usaha meningkatkan kemahiran dan menyediakan latihan semula perlu terus diperluas kepada semua lapisan masyarakat bagi membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan kemajuan kerjaya, sekali gus menyokong pembangunan tenaga kerja yang lebih berkemahiran, produktif dan berdaya saing,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, HRD Corp memperuntukkan RM40 juta bagi inisiatif Kemahiran MADANI Penjaga Profesional yang dijangka memberi manfaat kepada 8,000 peserta, termasuk lepasan sekolah dan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), suri rumah serta pencari kerja.

HRD Corp berkata pembiayaan itu meliputi kos latihan, elaun kehadiran dan kit latihan dalam bidang penjagaan warga emas, bayi dan kanak-kanak, orang kurang upaya (OKU) serta penjagaan selepas bersalin.

— BERNAMA