Isu pengurusan, kewangan KL City FC diurus lebih baik, akan selesai tidak lama lagi

HomeFeaturedSukan Dan Kesihatan

Isu pengurusan, kewangan KL City FC diurus lebih baik, akan selesai tidak lama lagi

KUALA LUMPUR,. Isu berkaitan pengurusan dan kewangan Kuala Lumpur City FC (KL City FC) termasuk melibatkan tunggakan gaji pemain akan diselesaikan tid

UMNO hormati keputusan Agong, harap yang terbaik buat Najib – Ahmad Zahid
Najib nafi jadi pengarah bayangan SRC
All England: Pearly-Thinaah tamatkan penantian 19 tahun Malaysia mara ke separuh akhir beregu wanita

KUALA LUMPUR,. Isu berkaitan pengurusan dan kewangan Kuala Lumpur City FC (KL City FC) termasuk melibatkan tunggakan gaji pemain akan diselesaikan tidak lama lagi.

Penaung kelab tersebut, Datuk Fahmi Fadzil berkata beberapa isu yang sebelum ini berbangkit telah berjaya diuruskan dengan lebih baik hasil penambahbaikan dalam pengurusan kelab itu sejak beliau dilantik sebagai penaung kepada Kuala Lumpur City FC.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi menegaskan bahawa aspek pengurusan kewangan dan pentadbiran perlu diperkukuh bagi mengelakkan isu sama berulang pada musim akan datang.

“Beberapa perkara telah ditambah baik. Kita percaya isu dana, InsyaAllah tidak lagi menjadi satu isu yang terlalu besar.

“Kita akan uruskan beberapa perkara lagi untuk pastikan aspek pelesenan tidak menghadapi apa-apa halangan,” katanya kepada pemberita selepas Program Korban Perdana Perpaduan Lembah Pantai, di sini, hari ini.

Media semalam melaporkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) mengenakan denda masing-masing sebanyak RM45,000 ke atas KL City FC serta sebuah lagi kelab sukan itu di bawah Artikel 8(f) Peraturan Pelesenan Kelab MFL CLR.

Keputusan hukuman itu dibuat selepas mesyuarat Jawatankuasa First Instance Body (FIB) Pelesenan Kelab MFL yang diadakan semalam.

SUMBER;

–BERNAMA