PM Anwar tunai solat sunat Aidiladha bersama lebih 10,000 jemaah di Masjid Putra

HomeFeaturedBerita Semasa

PM Anwar tunai solat sunat Aidiladha bersama lebih 10,000 jemaah di Masjid Putra

PUTRAJAYA,. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Putra, di sini.Beliau yang tiba bersama d

Sektor logistik domestik dijangka kekal stabil tahun ini susulan lonjakan e-dagang, AI
Pengukuran Pembelajaran Tahun Empat Akan Diperkenal Tahun Ini
Konflik Asia Barat: “Biarkan minyak mengalir!” – Trump umum perjanjian dengan Iran

PUTRAJAYA,. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Putra, di sini.

Beliau yang tiba bersama dengan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada 7.56 pagi, disambut oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee sebelum memasuki dewan utama masjid.

Anwar kemudian bertakbir raya bersama-sama lebih 10,000 jemaah sebelum menunaikan solat sunat Aidiladha yang diimamkan oleh Imam Besar Masjid Putra Dr Muhammad Zakuwa Rodzali.

Beliau turut mendengar khutbah bertajuk “Pengorbanan Menuntut Keikhlasan” yang disampaikan oleh Muhammad Zakuwa.

Selepas selesai solat sunat Aidiladha, beliau turut beramah mesra dengan jemaah.

SUMBER;

–BERNAMA