Jalan B66 Batang Kali – Genting Di Tutup

Jalan B66 Batang Kali – Genting Di Tutup

Batang Kali – Kejadian tanah runtuh di laluan B66 Jalan Batang Kali – Genting Hulu Selangor yang berlaku sekitar jam 2.42 pagi hari ini melibatkan runtuhan sepanjang hampir 300 meter dan setinggi 70 meter. Hasil tinjauan dan pemeriksaan visual mendapati kawasan runtuhan tersebut melibatkan sebahagian dari jalan negeri B66 di bawah seliaan JKR Selangor iaitu
sepanjang 5 meter, berdasarkan pemeriksaan didapati tiada rekahan terbuka pada permukaan pavement jalan.

Jalan B66 kini telah ditutup atas arahan pihak Ibu Pejabat Polis Hulu Selangor untuk
keselamatan pengguna jalanraya. Orang awam boleh menggunakan laluan seperti lakaran
infografik di lampiran sebagai laluan alternatif buat masa ini.

JKR dan pelbagai agensi sedang giat melaksanakan misi mencari dan menyelamat untuk mengeluarkan mangsa di tempat kejadian. Pasukan Forensik Cawangan Kejuruteraan Cerun JKR Malaysia telah berada di lokasi bagi menjalankan siasatan lanjut.

Kerja-kerja penambahbaikan akan dilaksanakan berdasarkan agihan peruntukan yang diterima. Kementerian Kerja Raya dan Jabatan Kerja Raya akan sentiasa prihatin keselamatan dan keselesaan pengguna jalanraya.

DATO SRI ALEXANDER NANTA LINGGI
Menteri Kerja Raya
16 Disember 2022

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )