Jelajah Thailand: TSG terus cemerlang, Harrif tawan peringkat keempat

Jelajah Thailand: TSG terus cemerlang, Harrif tawan peringkat keempat

PASUKAN Terengganu Cycling Team (TSG) meneruskan momentum kejayaan mereka apabila, sekali lagi pakar pecut Harrif Saleh, berjaya menawan peringkat keempat Jelajah Thailand pada Isnin.

Saingan yang bermula di Sakon Nakhon sehingga ke Nakhon Panom dengan jarak meliputi sejauh 176 kilometer, mengambil masa 4 jam 3 minit 47 saat.

Namun, Harrif berjaya menempatkan diri dalam kedudukan terbaik untuk muncul pemenang peringkat ini.

Dia diekori Raymond Kreder dari pasukan Ukyo dan Lucas Carstensen dari pasukan Bike Aid, untuk melengkapkan podium.

Ini juga kali kedua berturut-turut Harrif berjaya menakluk podium di Jelajah Thailand selepas melakukannya pada peringkat ketiga.

Rakan sepasukan, Nur Aiman Zariff, juga unggul untuk mempertahankan jersi ungu, selaku pelumba terbaik ASEAN.

-Astro Arena

CATEGORIES
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)