JEREBU: SEMUA SEKOLAH SELIAAN JAWI DITUTUP MULAI HARI INI

HomeFeaturedBerita Semasa

JEREBU: SEMUA SEKOLAH SELIAAN JAWI DITUTUP MULAI HARI INI

KUALA LUMPUR,. Semua sekolah di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) ditutup sepenuhnya mulai hari ini sehingga tempoh yang di

Polis tahan lelaki disyaki lakukan gangguan seksual terhadap tiga pelajar
Piala Dunia FIFA terbesar dalam sejarah bermula di Mexico City
Visa masuk AS pemain Piala Dunia Iran sudah diluluskan – White House

KUALA LUMPUR,. Semua sekolah di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) ditutup sepenuhnya mulai hari ini sehingga tempoh yang dimaklumkan kelak susulan situasi jerebu ketika ini.

JAWI menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan semua sekolah itu, perlu melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bagi memastikan kelangsungan pembelajaran murid.

Sementara itu, guru dan anggota kumpulan pelaksana melaksanakan Bekerja Dari Rumah (BDR) sepanjang tempoh penutupan, tertakluk kepada arahan dan keperluan semasa.

“⁠Sehubungan dengan itu, ibu bapa dan penjaga dimohon mengikuti perkembangan dan makluman rasmi daripada pihak JAWI dari semasa ke semasa, khususnya berkaitan tarikh pembukaan semula Institusi Pendidikan Islam (IPI) JAWI,” menurut kenyataan itu.

— BERNAMA