JTKSM terima 750 permohonan perakuan penginapan

JTKSM terima 750 permohonan perakuan penginapan

KUALA LUMPUR,. Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM), menerima sejumlah 750 permohonan Perakuan Penginapan sejak Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 (Akta 446), dikuatkuasakan mulai 1 Sept.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M.Saravanan berkata, permohonan yang diterima dari majikan adalah sebanyak 681 permohonan, manakala penyediaan penginap berpusat sebanyak 69 permohonan.

Katanya, dari operasi penguatkuasaan yang dijalankan, setakat terkini terdapat enam operasi telah dilaksanakan di lima buah negeri, bagi melihat sejauh mana pematuhan para majikan terhadap Akta 446.

“Hasilnya, masih ada majikan yang belum mematuhi sepenuhnya peraturan yang berkaitan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Saravanan berkata, semua majikan harus mematuhi dan melaksanakan Akta 446, kerana ia penting dalam aspek menjaga kebajikan dan kesihatan para pekerja, selaras dengan apa yang diamalkan di peringkat global, serta gesaan dari Pertubuhan Buruh Antarabangsa.

Majikan dan penyedia penginapan berpusat yang belum membuat permohonan Perakuan Penginapan, boleh membuat permohonan segera melalui sistem permohonan dalam talian http://akta446.mohr.gov.my.

— BERNAMA

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )