HomeFeaturedBerita Semasa

Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil

KUALA LUMPUR,. Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada s

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka mendatar pada berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tinggi pada pagi ini

KUALA LUMPUR,. Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan sebanyak RM38.58 bilion dalam pasaran konvensional dan RM19.91 bilion dalam dana Islam.

Hari ini, BNM akan menjalankan tender repo berbalik bernilai RM500 juta untuk tujuh hari dan tender repo berbalik Islam bernilai RM300 juta untuk lapan hari.

BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.

Pada pukul 4.00 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM39.1 bilion dan RM20.2 bilion dalam tender semalaman Murabahah.

–BERNAMA