Kami berhak ke Liga Juara-Juara: Guardiola

Kami berhak ke Liga Juara-Juara: Guardiola

United Kingdom,. Pep Guardiola yakin Manchester City berhak mendapat tempat dalam saingan Liga Juara-Juara musim depan ketika kelab itu sedang menanti keputusan rayuan penggantungan kejohanan Eropah.

City digantung dua musim oleh Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) kerana melanggar peraturan fair play kewangan, tetapi membuat rayuan kepada Mahkamah Timbang Tara Sukan yang akan mengumumkan keputusannya esok.

Di atas padang, City memastikan tempat dalam kelompok empat teratas Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan 5-0 ke atas Brighton yang menyaksikan Raheem Sterling meledak hatrik.

“Hari ini kami melepasi satu cabaran yang hebat, dengan layak ke Liga Juara-Juara secara matematik,.

“Kami berhak untuk berada di sana kerana kami memenanginya di atas padang. Saya harap pada Isnin UEFA akan membenarkan kami bermain seperti yang berhak diperolehi pasukan dan pemain ini,” kata Guardiola.

Buat kali keempat dalam enam perlawanan terakhir liga, City menjaringkan empat atau lebih gol.

Mereka juga masih berpeluang memenangi treble musim ini apabila berdepan Arsenal pada separuh akhir Piala FA hujung minggu depan sebelum meneruskan kempen Liga Juara-Juara pada Ogos. – AFP

CATEGORIES
TAGS
Share This

COMMENTS

Wordpress (0)
Disqus ( )