KANADA LANJUTKAN SEBAHAGIAN PENGECUALIAN TARIF KE ATAS IMPORT DARI AS

HomeFeaturedBerita Semasa

KANADA LANJUTKAN SEBAHAGIAN PENGECUALIAN TARIF KE ATAS IMPORT DARI AS

NEW YORK,. Kanada pada Isnin mengumumkan lanjutan beberapa langkah pengecualian tarif balas terhadap barangan Amerika Syarikat (AS), selain memperluas

METMALAYSIA KELUAR AMARAN CUACA PANAS TAHAP 1 DI 17 KAWASAN
Rakyat Thailand keluar mengundi untuk pilih Ahli Parlimen baharu Pada hari ini
The unconventional guide to world markets

NEW YORK,. Kanada pada Isnin mengumumkan lanjutan beberapa langkah pengecualian tarif balas terhadap barangan Amerika Syarikat (AS), selain memperluas kategori import yang layak menerima pengecualian itu, lapor Anadolu Ajansi.

Menteri Kewangan Francois-Philippe Champagne dalam satu kenyataan berkata langkah itu bertujuan memberikan sokongan lebih baik kepada perniagaan dan pekerja Kanada yang terjejas akibat tarif AS, di samping menggalakkan penggunaan barangan keluaran tempatan apabila boleh.

Pengecualian tarif secara menyeluruh yang dikenali sebagai “horizontal remission” dilanjutkan selama setahun hingga 30 Jun 2028, selain diperluas untuk merangkumi barangan bukan keluli yang digunakan dalam aktiviti perlombongan, kuari serta pengekstrakan minyak dan gas.

Pengecualian itu turut meliputi semua barangan yang digunakan oleh institusi pendidikan awam.

Ottawa memaklumkan bahawa barangan yang boleh diperoleh secara konsisten daripada sumber tempatan akan dikeluarkan secara berperingkat daripada program berkenaan.

Menurut Kementerian Kewangan, pelepasan tarif secara bersasar akan diberikan kepada syarikat yang masih perlu mendapatkan bekalan dari AS dalam keadaan tertentu, termasuk apabila berlaku kekurangan bekalan di Kanada atau terikat dengan kontrak sedia ada.

— BERNAMA-ANADOLU